KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) akan melakukan imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik) bagi menentukan kecederaan dialami pemain beregu wanita badminton negara, Pearly Tan pada pusingan kedua Terbuka Jepun 2022, Khamis lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Faedzal Md Ramli berkata imbasan MRI terhadap Pearly itu akan dilakukan pihaknya selepas pemain itu tiba dari Jepun dalam tempoh sehari dua lagi.
"Setakat ini maklumat yang dimaklumkan dari pihak kami di Jepun adalah kecederaan di bahagian lutut dan berkemungkinan bersangkut paut dengan bahagian lain.
"Tak dapat pastikan sama ada beliau alami ACL (ligamen krusiat anterior) kerana melalui imbasan MRI dan penelitian lanjut di sini baru dapat tahu tahap kecederaan," katanya ketika ditemui selepas majlis pengenalan penaja Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 MSN 2022 di sini, semalam.
Kecederaan dialami Pearly menyaksikan beliau mengakhiri perjuangan bersama pasangannya M. Thinaah sewaktu menentang lawan dari Korea Selatan Baek Ha Na-Lee Yu Lim dalam kejohanan berlangsung di Arena Maruzen Intec, Osaka.
Selepas ketinggalan 11-16 dalam set penentuan, Pearly mengambil keputusan menarik diri dan meninggalkan gelanggang menggunakan kerusi roda dalam tangisan sementara wakil Korea Selatan itu mara ke suku akhir kejohanan.
Dalam pada itu, Ahmad Faedzal memaklumkan pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari yang cedera selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya Jun lepas, telah menunjukkan perkembangan positif dalam pertemuan mereka minggu lalu.
"Dari segi psikologi, dia sangat positif, setakat ini beliau patuhi proses pemulihan dengan baik," tambahnya.
Justeru, beliau berkata pihaknya bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) akan terus meneliti bentuk bantuan diperlukan Sivasangari bagi memastikan pemain itu dapat kembali ke gelanggang dalam keadaan bersedia tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022

MRI terhadap Pearly akan dilakukan ISN selepas pemain itu tiba dari Jepun dalam tempoh sehari dua lagi. - Foto BAM

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Badminton: Imbasan MRI tentukan kecederaan Pearly - ISN
Institut Sukan Negara (ISN) akan melakukan imbasan MRI bagi menentukan kecederaan dialami pemain beregu wanita badminton negara, Pearly Tan.