KUALA LUMPUR: Malaysia diharap mampu mempunyai sekurang-kurangnya dua wakil bagi acara beregu lelaki dalam usaha merebut slot Sukan Olimpik 2024 Paris.
Bekas pemain beregu lelaki negara Tan Boon Heong berkata memandangkan beregu utama lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik hampir pasti merealisasikan sasaran mengisi slot itu, kehadiran beregu lelaki lain mampu mencerahkan peluang negara meraih pingat pada temasya empat tahun sekali itu.
Berdasarkan ranking kelayakan terkini "Race to Paris" dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Aaron-Wooi Yik kini berada di kedudukan kedua dengan hanya lapan terbaik akan meraih slot itu. Satu lagi pasangan lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yii pula berada di kedudukan ke-11.
"Bagi saya bukan senang nak masuk dua pasangan sebab mereka kena buru lapan terbaik. Namun jika ada ia merupakan peluang baik sebab boleh bagi cabaran. Jadi bila dapat masuk lapan terbaik, satu lagi pasangan boleh fokus untuk buru pingat Olimpik
Kebiasaannya kalau tengok Malaysia dulu hanya Datuk Lee Chong Wei sahaja yang mewakili Malaysia (perseorangan lelaki) sedangkan negara China dan Indonesia mereka ada lebih dari seorang pemain jadi susah sikit lah. Kalau boleh layak dua pasangan macam acara perseorangan lagi bagus," katanya selepas ditemui pada Kejohanan Badminton Akademi Tan Boon Heong, di sini hari ini.
BWF sebelum ini mengumumkan tempoh kelayakan ke Olimpik 2024 bermula dari 1 Mei 2023 hingga 28 April 2024 dan jumlah kuota bagi acara-acara badminton kekal 172 tempat melibatkan 86 lelaki dan 86 wanita.
Bagi acara beregu, setiap negara mempunyai kuota maksimum dua tempat jika kedua-dua pasangan berada di kedudukan lapan terbaik pada tarikh kelayakan dan harus ada sekurang-kurangnya satu pasangan daripada setiap lima konfederasi benua, dengan syarat mereka berada dalam ranking 50 terbaik.
Terdahulu, lebih 600 peserta dari dalam dan luar negara telah menyertai kejohanan yang julung kali dianjurkan akademi badminton milik bekas pemain berumur 36 tahun itu.
Beliau berharap kejohanan yang dianjurkan khusus bagi mencungkil bakat baharu badminton dapat diperluaskan pada tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2023
Boon Heong berpandangan kehadiran beregu lelaki lain selain pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik mampu mencerahkan peluang negara meraih pingat pada temasya empat tahun sekali itu. - Gambar fail/FB Tan Boon Heong
Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.
Trump tangguh tarif Amerika ke atas Mexico selama sebulan
Mexico akan kerah 10,000 tentera Pengawal Kebangsaan di sepanjang sempadan AS-Mexico untuk memerangi penyeludupan fentanyl.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.
Wei Chong-Kai Wun juara Masters Indonesia
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencipta kejutan apabila menewaskan pasangan pilihan tuan rumah Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk merangkul gelaran juara Masters Indonesia.
Pearly-Thinaah naib juara Masters Indonesia
Pasangan ketujuh dunia itu terpaksa akur apabila tewas dalam aksi tiga set 12-21, 21-17, 18-21 dalam tempoh 74 minit kepada Hee Yong-Hye Jeon.
Masters Indonesia: Pilihan kedua, Pearly Tan-M Thinaah bawa cabaran Malaysia ke separuh akhir
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, membawa cabaran ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
Masters Indonesia: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir
Pasangan ranking ketujuh dunia itu hanya memerlukan 34 minit untuk meraih kemenangan straight set 21-19, 21-16.