KUALA LUMPUR: Kejohanan Badminton Remaja Asia 2023 di Yogyakarta, Indonesia bulan hadapan akan menjadi medan ujian buat Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Datuk Misbun Sidek untuk memastikan anak buahnya menunjukkan prestasi sebenar di pentas antarabangsa.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata ia selepas prestasi hambar skuad muda negara di Kejohanan Remaja Dunia 2022 di Santander, Sepanyol, Oktober lepas yang menyaksikan tiada kelibat wakil negara di pentas akhir.
"Misbun sudah meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) beliau untuk menempa kejayaan dan sekurang-kurangnya di peringkat Asia kalau bukan di peringkat dunia.
"Saya berharap Misbun sebagai jurulatih tahu apa dilakukan beliau dan kita (BAM) sentiasa beri sokongan kepada beliau melatih pasukan remaja kita menempa kejayaan di peringkat Asia," katanya selepas menghadiri Sambutan Hari Olimpik 2023: Majlis Olimpik Malaysia - Kementerian Pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil di sini hari ini.
Ditanya sama ada sasaran BAM kepada skuad remaja yang akan menggalas cabaran negara pada kejohanan dari 7 hingga 16 Julai itu adalah untuk mara ke final, Mohammad Norza secara ringkas berkata: "Insya-Allah".
Enam belas pemain yang akan membawa cabaran Malaysia di Indonesia iaitu bagi acara perseorangan lelaki Eogene Ewe, Jan Jireh Lee, Muhammad Faiq Haziq dan Lok Hong Quan manakala Ong Xin Yee, Siti Zulaikha Azmi serta Ung Yi Xing bagi perseorangan wanita.
Beregu lelaki pula diwakili Bryan Jeremy Goonting, Low Han Chen, Aaron Tai Wei Qin, Kang Khai Xing, Hong Quan, sementara Carmen Ting, Lai Ting Cen, Chong Jie Yu, Clarissa San dan Chan Wen Tse bagi beregu wanita.
Misbun sebelum ini beralih jawatan daripada Pengarah Pembangunan Remaja BAM kepada Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja pada Februari lepas, selepas Akademi Badminton Malaysia (ABM) melakukan penyusunan semula barisan kejurulatihan skuad remaja negara susulan prestasi mengecewakan di Kejohanan Remaja Dunia 2022.
Sementara itu, Mohammad Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata penyenaraian skuad hoki negara dalam program Road to Gold (RTG) adalah berdasarkan prestasi cemerlang anak buah Arul Selvaraj itu pada beberapa kejohanan sebelum ini.
Beliau berkata ia mampu menjadi tonik terbaik buat skuad hoki negara untuk menempah slot ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 sekiranya mereka mampu mencipta impak pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China pada September ini.
"Pasukan hoki sekarang berada di ranking 10 dunia dan mereka disenaraikan dalam RTG kerana kita berpendapat dengan kemudahan yang ada akan beri inspirasi kepada mereka untuk menang emas di Sukan Asia sebab bila menang terus layak ke Olimpik," katanya.
Isnin lepas, Jawatankuasa RTG mengesahkan skuad hoki lelaki kebangsaan menjadi ahli terbaharu dalam program berkenaan sebagai persiapan mengharungi Sukan Asia 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
Menurut Norza, Misbun (gambar) sudah meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) beliau untuk menempa kejayaan dan sekurang-kurangnya di peringkat Asia kalau bukan di peringkat dunia. - Fail/Sinar Harian
Kapitalisme tanpa kawalan mesti berakhir - PM Anwar
Kapitalisme yang tidak terkawal mesti berakhir, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Pengerusi Eksekutif WEF, Klaus Schwab ketika menjawab apa yang menjadikan seorang pemimpin politik berjaya.
#AWANInews #WEF25
#AWANInews #WEF25
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2024 (DPT BLN12/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Feb.
Abg Yahya rangkul emas kedua pada Boling Para Dunia di Hong Kong
Pemain boling para kebangsaan Abg Yahya Abg Azhar mencuri tumpuan dengan meraih pingat emas kedua dalam Kejohanan Boling Dunia Para IBF 2025 di Hong Kong.
JKN Perak rampas steroid anabolik, produk kosmetik bernilai RM2.06 juta
Operasi berkenaan dijalankan terhadap enam premis di sekitar Perak dan dipercayai ia dijadikan sebagai stor simpanan bagi semua produk tidak sah itu.
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.38 seliter kepada RM3.43 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Jan.
WEF 2025: Sesi Perdana Menteri bersama Pengerusi Eksekutif WEF
Ikuti sesi perbualan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Sedunia (WEF) Prof Klaus Schwab.
Pempengaruh Malaysia ke ASEAN live creators anjuran Tiktok
Dua pencipta kandungan dari Malaysia berjaya ke program ASEAN Live Creators for Change anjuran Yayasan ASEAN dan TikTok.
Mereka adalah antara 20 pencipta kandungan muda dari 10 negara ASEAN yang dipilih untuk menghasilkan kandungan secara langsung bagi memberi inspirasi kepada penonton mengenai sosiobudaya yang relevan di rantau ini.
Mereka adalah antara 20 pencipta kandungan muda dari 10 negara ASEAN yang dipilih untuk menghasilkan kandungan secara langsung bagi memberi inspirasi kepada penonton mengenai sosiobudaya yang relevan di rantau ini.
Semua negara anggota disaran guna zon waktu seragam
Majoriti negara anggota ASEAN perlu mengguna pakai zon waktu seragam GMT+8 kerana ini dapat menyatukan ASEAN sebagai blok ekonomi yang kukuh.
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berpendapat, ini bukan idea baharu kerana ia telah dicadangkan pada 1995, cadangan semula oleh Malaysia pada 2006 dan sekali lagi pada 2015 ketika Kuala Lumpur kali terakhir mempengerusikan ASEAN
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berpendapat, ini bukan idea baharu kerana ia telah dicadangkan pada 1995, cadangan semula oleh Malaysia pada 2006 dan sekali lagi pada 2015 ketika Kuala Lumpur kali terakhir mempengerusikan ASEAN
Badminton: Medan ujian buat Misbun di Indonesia - Norza
Kejohanan Badminton Remaja Asia 2023 di Yogyakarta, Indonesia akan menjadi medan ujian buat Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Datuk Misbun Sidek.