IMPIAN beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, untuk memburu penamat kisah dongeng dalam Kejohanan Badminton Terbuka China BWF tidak kesampaian apabila tewas kepada gandingan pilihan ketujuh dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, dalam aksi separuh akhir di Guangzhaou sebentar tadi.
Memburu penampilan pertama dalam final Kejohanan Jelajah BWF bertaraf Super 1000, jurang kualiti beregu meningkat naik negara itu dengan lawan mereka jelas kelihatan dalam set pertama, di mana mereka kelihatan bergelut untuk mengejar mata lawan sehingga ketinggalan 7-12.
Selepas itu, Gicquel dan Delrue terus memacu mata demi mata sebelum memenangi set pertama 21-16.
Skrip sama berulang dalam set kedua, di mana pasangan negara berkenaan hanya dapat memberikan saingan sehingga kedudukan 7-7 sebelum akur menamatkan pertarungan selama 38 minit itu dengan kekalahan 13-21.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Sat Sep 09 2023

Beregu campuran negara tewas kepada gandingan pilihan ketujuh dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, dalam aksi separuh akhir. - Foto Stadium Astro

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

Badminton Terbuka China: Pasangan pilihan kelima sekat hajat Kian Meng-Pei Jing ke final
Hasrat Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka China BWF tidak kesampaian selepas tewas secara set langsung kepada pasangan pilihan kelima dari Korea Selatan.

Badminton Terbuka China: Ng Tze Yong dikejutkan lawan di ranking ke-45
Ng Tze Yong gagal menepati ramalan apabila kecundang kepada pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito, dalam pusingan kedua Terbuka China.