Tiga pemain pelapis kebangsaan mara ke pusingan suku akhir kejohanan badminton Terbuka India Grand Prix Gold selepas mengalahkan lawan masing-masing di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das, Lucknow, India, hari ini.
Pemain remaja kebangsaan Sannatasah Saniru menumpaskan Ksenia Polikarpova dari Rusia 21-10 21-12 dalam hanya 28 minit.
Pasangan beregu pelapis kebangsaan, Tan Aik Quan dan Lai Pei Jin turut menempah tempat ke suku akhir selepas menyingkirkan Irfan Fadhilah/Weni Anggraini dari Indonesia 21-18 22-20 dalam masa 54 minit.
Goh Soon Huat pula mengetepikan rakan senegara Misbun Ramdan Misbun 21-16 13-21 21-16 dalam perlawanan yang mengambil masa satu jam.
Tiga lagi pemain kebangsaan bagaimanapun gagal melangkah ke suku akhir selepas dikalahkan lawan masing-masing.
Bernama
Fri Dec 21 2012
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan.
Konsert Pinkfish: Sah ada dadah dalam darah empat yang maut - Polis
Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.
Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Polis menahan tiga lelaki bagi susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.
Sentuhan magis 'Pak Andam Megat' serikan pengantin lelaki
Menggalas tanggungjawab penting membangkitkan aura wajah pengantin, penampilan Megat Mat Akhir berjaya memikat perhatian ramai.
Badminton Terbuka India: 3 pelapis ke suku akhir
Tiga pemain pelapis kebangsaan mara ke pusingan suku akhir kejohanan badminton Terbuka India Grand Prix Gold selepas mengalahkan lawan masing-masing.