KUALA LUMPUR: Badminton Terbuka Malaysia yang dua tahun tidak dianjurkan akibat pandemik COVID-19, kini kembali sebagai Petronas Terbuka Malaysia akan berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil dari 28 Jun hingga 3 Julai.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan memaklumkan kejohanan badminton itu yang merupakan salah satu daripada lima kejohanan siri super berprestij dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF), akan menyediakan hadiah keseluruhan AS$675,000 (RM2,963,250).
"Kejohanan itu akan menarik peminat dengan memasukkan acara pembukaan khas, pemetaan unjuran dan persembahan dron pada hari terakhir.
"Akan turut diadakan karnival Festival Malaysia di kawasan terbuka dengan permainan interaktif seperti badminton udara, jualan makanan, selain persembahan kebudayaan dan artis tempatan bersempena dengan kejohanan itu dari jam 3 petang sehingga 10 malam," menurut kenyataan itu.
Kenyataan BAM itu menyatakan karnival Festival Malaysia itu memfokuskan kepada pertunjukan budaya Malaysia, pelancongan dan sukan sebagai asas kepada festival itu bagi membanggakan rakyat Malaysia.
Sementara itu Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata BAM amat berbesar hati kerana sebuah jenama global terkenal kini bersama-sama mereka, dan berterima kasih kepada Petronas atas sokongan syarikat itu kepada mereka.
Peminat boleh mula membeli tiket menerusi www.myticket.asia bermula 26 Mei bermula pukul 2 petang dengan harga dari RM25 hingga RM500, manakala promosi pembeli awal tertakluk kepada 2,000 tiket pertama dijual.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022

Badminton Terbuka Malaysia yang dua tahun tidak dianjurkan akibat pandemik COVID-19, kini kembali sebagai Petronas Terbuka Malaysia akan berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil dari 28 Jun hingga 3 Julai.
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Badminton Terbuka Malaysia: Tiga pencabar utama sekat Axelsen pertahan gelaran
Terdapat tiga pemain yang boleh menyekat hasrat Viktor Axelsen untuk mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia yang bermula dari 9-14 Januari ini.

Badminton Terbuka Malaysia: Sorakan penyokong cetus kebangkitan Yew Sin-Ee Yi
Beregu profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terpaksa 'bermandi peluh' sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.

Badminton Terbuka Malaysia: Daren beri kemenangan percuma kepada Axelsen
Perseorangan profesional negara Liew Daren menarik diri daripada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 hari ini, akibat kecederaan betis kanan.

Badminton Terbuka Malaysia diumum pembuka tirai Jelajah Dunia BWF
Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bakal menjadi pembuka tirai kejohanan dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tempoh dua tahun akan datang, menurut badan induk dunia itu.

Badminton Terbuka Malaysia terima sambutan, tiket hampir habis dijual
Tiket kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung dari 28 Jun hingga 3 Julai ini hampir habis dijual.

Badminton Terbuka Malaysia kembali, tiket mula dijual Khamis
Peminat boleh mula membeli tiket menerusi www.myticket.asia bermula 26 Mei bermula pukul 2 petang dengan harga dari RM25 hingga RM500.

Badminton Terbuka Malaysia: Chong Wei menang mudah lawan Axelson
Pemain No.4 dunia, Datuk Lee Chong Wei, menidakkan Viktor Axelson 21-14, 21-13 dengan mudah, sekali gus mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badmonton Terbuka Malaysia, sebentar tadi.