BEREGU campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama saingan Terbuka Malaysia yang berlangsung di Axiata Arena, sebentar tadi.
Aksi pembukaan Badminton Terbuka Malaysia yang menyaksikan gandingan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berdepan detik sukar di awal set pertama.
Pemain pilihan ketujuh kejohanan, Kim Won-ho- Jeong Na-eun tidak mudah memberi mata kepada pemain negara.
Mereka ketinggalan jauh dengan mata 11-2 sekali gus memberi kelebihan buat gandingan Korea Selatan itu untuk menutup game dengan mata 21-11.
Kian Meng-Pei Jing cuba meningkatkan mutu permainan dengan lebih agresif di set kedua dan mereka berjaya mendahului di awal permainan.
Ianya seakan memberi sedikit nafas lega buat meraka. Namun semuanya tidak bertahan lama apabila beregu dari Korea Selatan itu berjaya merapatkan kedudukan mata dan terus mendominasi permainan sehingga ke mata akhir dengan keputusan 21-16.
Pasangan negara terpaksa akur gagal meloloskan diri ke pusingan kedua kejohanan itu buat kali kedua berturut-turut.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Tue Jan 09 2024

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing ketika menentang pemain Korea Selatan Kim Won Ho dan Jeong Na Eun pada Kejohanan Super 1000, PETRONAS Malaysia Open 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini. - Foto Bernama

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Badminton Terbuka Malaysia: Tiga pencabar utama sekat Axelsen pertahan gelaran
Terdapat tiga pemain yang boleh menyekat hasrat Viktor Axelsen untuk mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia yang bermula dari 9-14 Januari ini.

Badminton Terbuka Malaysia: Sorakan penyokong cetus kebangkitan Yew Sin-Ee Yi
Beregu profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terpaksa 'bermandi peluh' sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.

Badminton Terbuka Malaysia: Daren beri kemenangan percuma kepada Axelsen
Perseorangan profesional negara Liew Daren menarik diri daripada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 hari ini, akibat kecederaan betis kanan.

Badminton Terbuka Malaysia diumum pembuka tirai Jelajah Dunia BWF
Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bakal menjadi pembuka tirai kejohanan dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tempoh dua tahun akan datang, menurut badan induk dunia itu.

Badminton Terbuka Malaysia terima sambutan, tiket hampir habis dijual
Tiket kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung dari 28 Jun hingga 3 Julai ini hampir habis dijual.

Badminton Terbuka Malaysia kembali, tiket mula dijual Khamis
Peminat boleh mula membeli tiket menerusi www.myticket.asia bermula 26 Mei bermula pukul 2 petang dengan harga dari RM25 hingga RM500.

Badminton Terbuka Malaysia: Chong Wei menang mudah lawan Axelson
Pemain No.4 dunia, Datuk Lee Chong Wei, menidakkan Viktor Axelson 21-14, 21-13 dengan mudah, sekali gus mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badmonton Terbuka Malaysia, sebentar tadi.