KUANTAN: Tiket kejohanan badminton Terbuka Malaysia, kini dikenali sebagai Petronas Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil dari 28 Jun hingga 3 Julai ini hampir habis dijual.
Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh berkata sambutan diterima amat menggalakkan selepas dua tahun kejohanan itu tidak dianjurkan akibat pandemik COVID-19.
"Saya difahamkan sambutan sangat baik dan diberitahu tiket hampir habis dijual untuk peringkat suku akhir dan ke atas... ada sedikit lagi tiket tinggal," katanya ketika ditemui pemberita pada kejohanan badminton Petronas Bawah 21 Tahun di Dewan Badminton Persatuan Badminton Pahang di sini hari ini.
Tiket kejohanan tersebut mula dijual pada 26 Mei lepas menerusi www.myticket.asia dengan harga dari RM25 hingga RM500, manakala promosi untuk 2,000 tiket pertama telah habis dijual.
Kejohanan itu, yang merupakan satu daripada lima kejohanan siri super berprestij dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF), bakal menyediakan hadiah keseluruhan AS$675,000 (RM2,963,250).
Sementara itu, mengenai kejohanan hari ini yang disertai pemain pelapis dan remaja, beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan prestasi pemain yang mempamerkan kualiti permainan tinggi.
Kejohanan yang berlangsung selama lima hari bermula Rabu lepas itu menyaksikan Hoh Shou Wei Justin memenangi kategori perseorangan lelaki manakala Wong Ling Ching muncul juara perseorangan wanita.
Bagi kategori beregu lelaki, gelaran johan menjadi milik Muhammad Fazriq Mohamad Razif dan Wong Vin Sean, manakala Teoh Lexuan dan Wong Ling Ching mengungguli beregu wanita dan gandingan Tan Wei Liang-Ho Lo Ee memenangi kategori beregu campuran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 29 2022

Kenny berkata sambutan diterima amat menggalakkan selepas dua tahun kejohanan itu tidak dianjurkan akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Badminton Terbuka Malaysia: Tiga pencabar utama sekat Axelsen pertahan gelaran
Terdapat tiga pemain yang boleh menyekat hasrat Viktor Axelsen untuk mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia yang bermula dari 9-14 Januari ini.

Badminton Terbuka Malaysia: Sorakan penyokong cetus kebangkitan Yew Sin-Ee Yi
Beregu profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terpaksa 'bermandi peluh' sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.

Badminton Terbuka Malaysia: Daren beri kemenangan percuma kepada Axelsen
Perseorangan profesional negara Liew Daren menarik diri daripada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 hari ini, akibat kecederaan betis kanan.

Badminton Terbuka Malaysia diumum pembuka tirai Jelajah Dunia BWF
Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bakal menjadi pembuka tirai kejohanan dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tempoh dua tahun akan datang, menurut badan induk dunia itu.

Badminton Terbuka Malaysia terima sambutan, tiket hampir habis dijual
Tiket kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung dari 28 Jun hingga 3 Julai ini hampir habis dijual.

Badminton Terbuka Malaysia kembali, tiket mula dijual Khamis
Peminat boleh mula membeli tiket menerusi www.myticket.asia bermula 26 Mei bermula pukul 2 petang dengan harga dari RM25 hingga RM500.

Badminton Terbuka Malaysia: Chong Wei menang mudah lawan Axelson
Pemain No.4 dunia, Datuk Lee Chong Wei, menidakkan Viktor Axelson 21-14, 21-13 dengan mudah, sekali gus mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badmonton Terbuka Malaysia, sebentar tadi.