Pelari pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap yang melakar sejarah memadam rekod 17 tahun acara 100 meter milik Watson Nyambek, akan disediakan program persediaan khas sebelum Sukan SEA 2017.
Badrul Hisyam, yang memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan 10.29 saat, 0.01 saat lebih pantas daripada rekod milik Watson, di Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN 2015 di Brunei pada Isnin, hanya ketinggalan 0.04 saat di belakang pemenang pingat emas Sukan SEA Singapura, Jun lepas.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau akan bertemu dan berbincang bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengenai perancangannya itu.
"Badrul ada masa lebih kurang setahun setengah untuk mengejar dan menunjukkan peningkatan kepada prestasinya. Saya akan bincang dengan KOM dan MSN mengenai program persediaan khas untuk beliau bagi tingkatkan prestasi.
"Bakat sudah ada dan masa bergerak sangat pantas walaupun beliau masih muda. Kita tidak mahu terlepas peluang ini. Ini permata trek yang muncul setelah sekian lama, kita kena gilap," katanya selepas Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) sidang kedua penggal ke-30 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Khairy berkata sekiranya KOM dan MSN dapat menggilap bakat Badrul Hisyam dengan sebaiknya, pelari pecut muda itu akan lebih berpotensi untuk menjadi juara, bukan hanya di peringkat kebangsaan malah di rantau ini.
Beliau berkata Badrul Hisyam perlu diberikan perhatian dan atlet itu sendiri perlu memperbaiki lagi catatan masanya untuk bersaing di Sukan SEA dalam acara 100 meter.
"Saya tidak mahu ada bakat bagus, tetapi disebabkan oleh pengurusan bakat yang tidak bagus, maka akhirnya beliau tidak akan sampai ke potensi yang sebenar," kata Khairy.
Astro Arena
Wed Nov 25 2015

KOM dan MSN boleh menggilap bakat Badrul Hisyam dengan sebaiknya agar pelari pecut itu lebih berpotensi untuk menjadi juara di rantau ini. - Gambar fail

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Biarkan Haiqal terus dibimbing Poad
Program yang dilaksanakan Md Poad itu tampak berkesan dengan Badrul Hisyam dan Khairul Hafiz pernah mengecapi kemuncak prestasi, namun menurun setelah berlaku banyak campur tangan.

Bapa Khairul Hafiz harap anaknya boleh melangkah jauh
Bapa kepada jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan, berharap anaknya dapat melangkah jauh dalam kerjaya sukannya.

Sukma: Khairul Hafiz, Badrul Hisyam ke final 100M
Pelari pecut muda negara Khairul Hafiz Jantan dan Badrul Hisyam Abdul Manap melangkah ke pusingan akhir acara 100m temasya Sukma ke-18.

Badrul, Khairul.. jangan jadi jaguh kampung
Amaran itu gara-gara dua pelari pecut negara sanggup ketepikan Kejohanan Remaja Dunia di Poland demi Sukan Malaysia (Sukma), di Sarawak.

Kerjaya pelari pecut bermula dengan menangkap ayam
Kelincahan mengejar ayam di kampung menjadi penanda bibit permulaan lahirnya seorang pelari pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap.

Bakat semulajadi Badrul tidak boleh dinafikan
Seorang guru yang bertanggungjawab memperkenalkan pelari pecut muda negara Badrul Hisyam Abdul Manap dengan sukan olahraga mahu permata baharu negara itu terus fokus untuk menjadi pelari pecut terbaik

Badrul Hisyam disediakan program persediaan khas Sukan SEA 2017
Pelari pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap akan disediakan program persediaan khas sebelum Sukan SEA 2017.