KUALA LUMPUR: Bakat serta kebolehan atlet pecut muda negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi perlu terus digilap supaya dapat memberi lebih banyak kejayaan pada masa akan datang, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata kejayaan yang dilakar Muhammad Azeem yang menduduki tempat kelima dalam saingan final acara 100 meter (m) lelaki di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Cali, Colombia, merupakan pencapaian yang cukup mengujakan seluruh rakyat Malaysia.
Katanya apa yang lebih membanggakan adalah atlet berusia 18 tahun itu berjaya memecahkan rekod kebangsaan di kejohanan itu dengan catatan masa 10.09s dalam pusingan awal.
"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus berusaha dan menyokong sebarang usaha meningkatkan pencapaian atlet dalam semua disiplin demi kemajuan sukan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Ahmad Faizal memaklumkan KBS sedang menimbangkan untuk menaik taraf trek balapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Ipoh bagi melahirkan lebih ramai atlet berbakat dan berpotensi dalam sukan olahraga.
SMK Gunung Rapat merupakan sekolah kluster sukan yang telah melahirkan ramai atlet termasuk Muhammad Azeem.
"Semoga segala usaha untuk mengembangkan kemajuan dan industri sukan di negara ini mendapat sokongan semua pihak agar nama Malaysia terus harum di persada antarabangsa," katanya.
Selepas mencipta rekod baharu kebangsaan dalam pusingan awal semalam, Muhammad Azeem turut mencapai sasaran utamanya di Cali iaitu melayakkan diri ke pusingan akhir selepas menamatkan saringan tiga separuh akhir di tempat kedua dengan masa 10.19s, kira-kira 4.50 pagi ini waktu Malaysia.
Seterusnya di pentas final, beliau menamatkan saingan di tempat kelima selepas merekodkan 10.14s di belakang atlet Botswana, Letsile Tebogo yang mencipta rekod dunia B-20 dengan catatan 9.91s sekali gus meraih pingat emas diikuti perak milik Bouwahjgie Nkrumie dari Jamaica (10.02s) sementara wakil Afrika Selatan Benjamin Richardson merangkul gangsa dengan masa 10.12s.
Muhammad Azeem yang merupakan atlet kelahiran Perak turut akan mengambil bahagian dalam acara 200m di Cali dengan acara itu dijadual bermula awal pagi esok waktu Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022
Kejayaan Muhammad Azeem menduduki tempat kelima dalam saingan final acara 100 meter lelaki di Kejohanan Olahraga Dunia (B-20) di Cali, Colombia, cukup mengujakan. - Bernama
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
'Kehangatan' Paris tak ganggu fokus Azeem hadapi perlumbaan terbesar dalam karier
Atlet berusia 20 tahun dari Perak itu memaklumkan semua perkara berjalan lancar.
Olimpik Paris: Muhammad Azeem berdepan sesi latihan agresif
Muhammad Azeem bakal berdepan sesi latihan yang agresif menjelang Sukan Olimpik Paris yang akan membuka tirainya 26 Julai ini.
KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menegaskan badan induk itu belum memutuskan atlet mana yang bakal mengisi slot wild card di Olimpik Paris.
Azeem pasrah jika tidak dapat beraksi di Olimpik Paris 2024
Muhammad Azeem pasrah sekiranya tidak diberikan tiket wild card untuk beraksi dalam acara 100 meter (m) di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Kejohanan Olahraga Tiger Klasik: Azeem rekod masa terpantas 2024
Muhammad Azeem merekodkan prestasi terbaiknya musim ini apabila merakamkan 10.31 saat dalam acara 100m Kejohanan Olahraga Tiger Klasik, di Taiwan.
NCCA: Azeem Fahmi bantu Auburn gondol emas 4x100m
Kuartet Azeem merakamkan masa terpantas 38.64 saat untuk menggondol tempat pertama acara 4x100m Kejohanan Trek dan Padang, NCAA di Florida.
Azeem sambar emas, gangsa di Georgia
Muhammad Azeem mulakan musim baharu dengan bergaya selepas merangkul satu emas dan satu gangsa di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.
Layak ke Olimpik Paris 2024 sasaran terbesar Azeem
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjadikan Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai sasaran terbesarnya tahun ini.
Sukan Asia: Perak beri insentif kepada Muhammad Azeem, Sheeren berjaya rangkul gangsa
Jumlah insentif itu masih dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan MSN Perak namun ia akan diberikan dalam masa terdekat.
Muhammad Azeem layak ke pusingan pertama 100m dengan bergaya
Muhammad Azeem Mohd Fahmi menepati ramalan layak ke pusingan pertama acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023.