KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan terus menyokong pemain perseorangan wanita negara S.Kisona dalam usaha mengembalikan keyakinan diri dan prestasi dirinya.
Presiden BAM Tan Sri Mohamed Norza Zakaria berkata BAM akan membantu pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu dengan pelbagai bantuan yang diperlukan, termasuk dari aspek psikologi.
Mohamad Norza menekankan setiap individu di bawah BAM akan dilayan seperti anggota keluarga dan memberi jaminan bahawa prestasi atlet berusia 23 tahun itu akan dipantau rapi oleh kakitangan kejurulatihan dan pengurusan.
"Kisona akan menjalani rejim latihan yang bersesuaian untuk mengembalikannya ke tahap sebelum ini dari segi mental dan fizikal serta dari aspek keupayaannya untuk bertanding di kejohanan bertahap tinggi. Kita sedang meneliti perkara ini dan jurulatih juga sedang menyiapkan beliau untuk kejohanan seterusnya.
"Kita mempunyai sistem sokongan yang mencukupi di sini sebagaimana telah saya maklumkan semasa berucap di hadapan anggota majlis. Saya gembira kita semua bersatu di belakang Kisona, beliau adalah sebahagian daripada keluarga ini dan kita sedang menjaga seorang daripada anggota keluarga kita yang sedang melalui trauma dan waktu yang sukar," katanya.
Mohamad Norza berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Anggota Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, hari ini.
Kisona sebelum ini menjadi mangsa komen-komen berbaur perkauman di media sosial selepas perseorangan nombor 53 dunia itu tewas pada perseorangan nombor lima dunia Akane Yamaguchi dari Jepun pada perlawanan separuh akhir Piala Sudirman, bulan lepas di Vaanta, Finland.
Beliau dilaporkan berkata insiden berkenaan telah memberi kesan terhadap emosi dan prestasinya semasa persediaan menghadapi kejohanan Piala Uber, yang dianjurkan dalam bulan yang sama di Aarhus, Denmark.
Sementara itu, Mohamad Norza yakin pada keupayaan Kisona untuk mengatasi perkara itu dan optimis bahawa atlet dari Seremban itu akan mampu untuk bangkit dengan lebih bertenaga serta membawa semangat baharu.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza berkata beliau percaya barisan skuad kebangsaan yang terdiri daripada pemain muda masih dalam kondisi terbaik untuk mengharungi tiga kejohanan berturut-turut di Bali, Indonesia, meskipun telah menjalani jadual perlawanan yang ketat di Eropah sejak September.
Di Bali, pasukan negara akan memulakan cabaran mereka di Kejohanan Masters Indonesia (16-21 Nov) diikuti kejohanan Terbuka Indonesia (23-28 Nov) dan Kejohanan Badminton Akhir Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) pada 1 hingga 5 Dis.
"Kami mengikuti perkembangan pemain dan mereka semua dalam keadaan yang baik. Saya berpendapat semua pemain memahami akan tanggungjawab masing-masing dan harap mereka dapat memberikan persembahan yang terbaik kerana ini adalah kejohanan tahap tinggi," katanya.
Sementara itu, Mohamad Norza turut mengumumkan bahawa Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilantik sebagai Penaung BAM yang baharu menggantikan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meletakkan jawatan secara rasmi minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 13 2021

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan terus menyokong pemain perseorangan wanita negara S.Kisona dalam usaha mengembalikan keyakinan diri dan prestasi dirinya. - Gambar fail

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.