Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menganjurkan satu lagi kejohanan pemanas badan sebagai persiapan menghadapi Piala Thomas dan Uber yang dijadualkan berlangsung dari 3-11 Okt di Aarhus, Denmark, walaupun banyak negara mengambil keputusan menarik diri daripada kejohanan berpasukan itu.
Menurut BAM, Piala Presiden yang julung kali diadakan, menjadi kejohanan simulasi Piala Thomas dan Uber yang akan diadakan pada 16 dan 17 Sept di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, melibatkan semua 20 pemain yang disenaraikan akan ke kejohanan berprestij itu.
Badan induk sukan badminton kebangsaan itu telah menganjurkan Kejohanan Jemputan BAM, satu pertandingan acara individu pada bulan lepas.
Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann dalam satu kenyataan berkata kejohanan simulasi berkenaan akan memberi gambaran awal mengenai Piala Thomas dan Uber memandangkan kebanyakan pemain tidak pernah beraksi dalam pusingan akhir kejohanan itu.
"Kami (BAM) sedang mempersiapkan pemain selepas Kejohanan Jemputan BAM dengan pertandingan yang melibatkan acara berpasukan. Kami berharap akan dapat menyaksikan satu lagi saingan yang kompetitif dan sengit. Di samping itu, kami juga ingin menyaksikan elemen lain iaitu semangat sepasukan dan keakraban ahli pasukan.
"Selepas kembali dari kem motivasi, saya dapat lihat pemain-pemain lebih bersikap terbuka dengan rakan sepasukan. Mereka mula menyesuaikan diri untuk bersikap terbuka dan berkongsi pengalaman.
"Mereka kini tahu mereka memperoleh banyak kekuatan secara berpasukan berbanding secara individu. Itu adalah tahap kecekapan yang berbeza yang memberikan ganjaran tersendiri, sama ada dari segi latihan, mental, taktikal dan peningkatan secara keseluruhan," katanya.
Menurut Choong Hann, pasukan akan menjadi lebih seimbang, sebagai contoh jika pemain pilihan utama acara perseorangan diletakkan dalam pasukan A, pilihan utama acara beregu akan diletakkan dalam pasukan B untuk memberikan pertandingan yang adil antara kedua-dua pasukan.
Pertandingan itu akan diadakan tanpa kehadiran penonton di pusat kecemerlangan badminton kebangsaan itu dan akan disiarkan secara langsung melalui Astro Arena.
Setakat ini, kuasa besar badminton Asia seperti Indonesia, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Australia telah menarik diri daripada menyertai pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber 2020 ekoran pandemik COVID-19 dan kecederaan dalam kalangan pemain utama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 13 2020

Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann dalam satu kenyataan berkata kejohanan simulasi berkenaan akan memberi gambaran awal mengenai Piala Thomas dan Uber. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lebih baik jika tangguh Piala Thomas, Uber - Nazifuddin
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berpendapat, menangguhkan Piala Thomas dan Uber yang dijadual di Aarhus, Denmark dari 3 hingga 11 Okt depan, dilihat sebagai keputusan yang lebih tepat.

BAM anjur perlawanan simulasi Piala Thomas dan Uber
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menganjurkan satu lagi kejohanan pemanas badan sebagai persiapan menghadapi Piala Thomas dan Uber yang dijadualkan berlangsung dari 3-11 Okt di Aarhus, Denmark,