KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berharap dapat membawa masuk pakar psikologi dalam usaha meningkatkan kekuatan mental pemain ketika beraksi di bawah tekanan yang hebat di gelanggang.
Pengarah Prestasi Tinggi BAM Dr Tim Jones berkata adalah penting untuk menambah pakar psikologi dalaman kerana individu terbabit boleh membantu 80 pemain senior serta melengkapkan khidmat pakar daripada Institut Sukan Negara (ISN) pada masa ini.
"Sudah tentu dalam perancangan saya untuk ada seorang (pakar psikologi), tetapi saya perlu mendapatkan kelulusan bajet dahulu.
"Walaupun pada masa ini kita menggunakan pakar psikologi daripada ISN tetapi bagi saya, saya ingin memperkuatkannya kerana kita ada ramai pemain, jadi saya fikir bagus mempunyai seorang lagi untuk membantu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.
Baru-baru ini, Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM Rexy Mainaky menggesa pemain beregu lelaki supaya membuang 'sindrom' kalah dalam separuh akhir dan final sesuatu kejohanan.
Bingung dengan persembahan ditonjolkan atlet itu, Rexy berkata wakil negara terutamanya gandingan nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mampu menewaskan pemain terbaik pada peringkat awal pertandingan, namun sering tersingkir apabila mara ke separuh akhir.
Jones juga berpendapat bahawa seorang pakar psikologi sudah mencukupi dalam BAM selagi individu berkenaan dapat menyesuaikan diri dan boleh berkomunikasi dengan baik bersama pemain.
Mengenai perkembangan lain, Jones mengesahkan jurulatih perseorangan wanita yang baru dilantik James Chua akan memulakan latihan dengan pemain minggu depan berikutan bekas ketua jurulatih Indra Wijaya meninggalkan BAM untuk melatih jaguh perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia yang kini pemain profesional negara.
Dalam pada itu, Jones berkata mereka kini dalam fasa akhir melengkapkan proses pengambilan jurulatih beregu yang baharu bagi mengisi kekosongan jawatan jurulatih beregu lelaki dan beregu campuran yang sebelum ini masing-masing dipegang oleh Flandy Limpele dan Paulus Firman.
"Kami memberi jaminan sesiapa yang dipilih akan menjadi pilihan yang baik dan pastinya membantu kita meraih pingat pada Sukan Olimpik 2024 di Paris nanti," katanya.
Pada 1 April lepas, Flandy membuat keputusan mengejut meninggalkan BAM apabila tidak menyambung kontrak selepas dua tahun manakala sebulan kemudian, Paulus meletakkan jawatan untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Sementara itu, Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata mereka akan meneruskan tradisi menghantar skuad remaja bagi mewakili negara ke Sukan SEA 2023 di Kemboja yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 16 Mei.
Ditanya sama ada BAM berhasrat menurunkan pemain yang pernah beraksi pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam Mei lepas, Kenny berkata beliau akan menyerahkan perkara itu kepada Jones, Rexy dan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM Wong Choong Hann kerana temasya itu mungkin bertembung dengan kejohanan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022

Dr Tim Jones berkata adalah penting untuk menambah pakar psikologi dalaman kerana boleh membantu 80 pemain senior serta melengkapkan khidmat pakar daripada ISN. - Bernama
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.