KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara yang sedang meningkat naik, Justin Hoh terlepas peluang untuk beraksi pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, bulan depan, susulan kecederaan pada lutut kanannya.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan lewat malam tadi memaklumkan seorang lagi pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao akan menggantikan Justin pada kejohanan itu yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor bermula 13 hingga 18 Feb ini.
Perkara tidak dijangkakan berkenaan bertentangan dengan pengumuman oleh Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky pada sidang media semalam, yang memaklumkan Justin disenaraikan ke dalam skuad kali ini.
"Dengan tarikh akhir pendaftaran pemain pada tengah malam tadi, BAM memutuskan untuk membawa masuk Leong Jun Hao sebagai pengganti.
"Justin telah dinasihatkan oleh doktor untuk mengelak daripada menyertai sebarang kejohanan berintensiti tinggi untuk beberapa minggu akan datang," menurut BAM.
Sementara itu, Rexy berkata pemain berusia 19 tahun itu akan menjalani pemulihan dan dijangka kembali ke gelanggang setelah mendapat kebenaran daripada doktor.
"Kami akan memantau dengan rapat keadaan Justin. Kami mendoakan agar dia segera sembuh dan berharap dapat melihatnya kembali beraksi dalam masa terdekat," katanya.
Jun Hao akan bersama-sama pemain profesional Lee Zii Jia dan perseorangan utama BAM Ng Tze Yong serta seorang lagi pemain muda, Eogene Ewe dalam kategori perseorangan.
Juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan mengetuai kem beregu, diikuti Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan gandingan meningkat naik Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Menurut BAM, Justin (gambar) dinasihatkan oleh doktor untuk mengelak daripada menyertai sebarang kejohanan berintensiti tinggi untuk beberapa minggu akan datang. - Facebook Justin Hoh
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Wei Chong-Kai Wun perlu fokus rebut slot ke Piala Thomas 2024
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun perlu fokus terhadap misi merebut tempat dalam skuad Piala Thomas 2024 selepas tidak disenaraikan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.
Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah
Rexy berkata, ikhtiar itu diharap dapat membantu Tze Yong beraksi pada dua kejohanan di Eropah pada 12-17 Mac.
'Bawa nama negara itu jauh lebih penting'
Kehadiran pemain muda tidak menghalang pemain kidal berusia 29 tahun ini untuk berbakti kepada bumi Jepun.
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.
BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpuas hati dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024.
Mental pemain 'goyah' dengan perubahan taktikal pada aksi final BATC 2024
Situasi itu berlaku apabila dua tonggak perseorangan utama negara terpaksa direhatkan susulan tidak berada dalam keadaan cergas sepenuhnya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Februari 2024.
Jun Hao akui terkejut galas tanggungjawab besar di pentas final BATC 2024
Jun Hao mengakui terkejut apabila terpaksa memikul tanggungjawab besar sebagai pemain pertama pada aksi final menentang China pada BATC di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.
BATC 2024: Hasrat Malaysia pertahan gelaran tidak kesampaian, tewas 0-3 kepada China
Hasrat skuad lelaki negara untuk mempertahankan gelaran BATC tidak kesampaian apabila tumpas 0-3 kepada skuad China pada aksi final.
SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.