Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyasarkan beregu lelaki kebangsaan berada di ranking ke-16 terbaik dunia dalam tempoh setahun di bawah program penstrukturan semula pasangan beregu negara
itu.
Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen berkata program penstrukturan itu akan memberi fokus terhadap kejohanan-kejohanan yang bakal disertai serta gandingan dalam kalangan pasangan beregu tersebut.
Beliau berkata menerusi pelan penstrukturan itu, beregu berada di ranking ke bawah akan didedahkan kepada lebih banyak Kejohanan Siri dan Cabaran Antarabangsa serta Kejohanan Grand Prix, di samping Kejohanan Grand Prix Emas yang akan menentukan kelayakan untuk penyertaan serta ranking mereka dalam sesuatu kejohanan yang diiktiraf oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
"Ini bagi memastikan mereka meraih mata yang cukup untuk melonjakkan ranking mereka sebelum didedahkan kepada kejohanan peringkat lebih tinggi kerana, jika tidak mereka perlu beraksi di pusingan kelayakan pada setiap kali kejohanan.
"Biasanya, kita beraksi di kejohanan yang kecil bagi membolehkan mereka mendapat mata ranking.
Dalam tempoh setahun, kami mahu melihat tiga beregu utama negara dalam ranking ke-16 teratas dunia. Ia cabaran yang besar bukan sahaja kepada pemain tetapi juga kepada jurulatih," katanya kepada pemberita di pejabat BAM, Bukit Kiara di sini pada Isnin.
Pada masa ini, beregu utama Malaysia ialah Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang berada pada kedudukan ke-33 dalam ranking dunia BWF.
Beregu lelaki lain ialah Chooi Kah Ming/Ow Yao Han, Teo Kok Siang/Mak Hee Chun dan Tan Wee Gieen/Teo Ee Yi.
Sementara itu, Frost kagum dengan peningkatan prestasi yang dipamerkan beregu wanita dan beregu campuran negara pada Kejohanan Badminton China Masters 2015.
Beregu wanita Vivian Hoo/Woon Khe Wei dan beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Li Ying memberi tentangan sengit kepada pasangan beregu dari China, sebelum terpaksa akur dengan kehebatan mereka pada perlawanan separuh akhir kejohanan tersebut, Sabtu lepas.
Vivian Hoo/Khe Wei tumpas kepada Tang Jinhua/Zhong Qianxin 21-23 dan 9-21, manakala Peng Soon/Li Ying mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum kalah 21-17, 17-21, 17-21 kepada pilihan utama Liu Cheng/Bao Yixin.
"Itu satu pencapaian yang sangat membanggakan daripada pasangan beregu negara. Saya sangat berpuas hati kerana prestasi mereka di luar jangkaan saya," kata Frost.
Bernama
Tue Apr 21 2015
BAM menyasarkan beregu lelaki kebangsaan berada di ranking ke-16 terbaik dunia dalam tempoh setahun di bawah program penstrukturan semula.
AWANI Ringkas: Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ASEAN 2025: Malaysia ulangi sokongan jadikan Timor Leste anggota penuh
Timor Leste yang memperoleh kemerdekaan pada 2002 memohon untuk menyertai ASEAN pada 2011.
Kerajaan India siasat kematian misteri di Kashmir
Kerajaan persekutuan India mengarahkan pembentukan pasukan antara kementerian untuk menyiasat kematian misteri di sebuah kampung di Kashmir yang dikuasai India.
One Cent Thief 2 dilancar dengan gimik mendebarkan satu Bukit Bintang
Gimik pelancaran One Cent Thief musim kedua yang berlangsung di Bukit Bintang malam tadi berjaya mencuri perhatian ramai dengan elemen dramatik yang memukau.
PUSPAKOM jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan Puspakom cawangan Johor Bahru, yang tular di media sosial baru-baru ini.
KPDN rampas 667 kg minyak masak botol dijual melebihi harga pasaran
KPDN Perak merampas 667 kilogram (kg) minyak masak botol bernilai RM4,148.70 selepas disyaki dijual melebihi harga kawalan ditetapkan.
Jumlah mangsa banjir Sabah 1,054 mangsa
Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 1,054 mangsa daripada 355 keluarga pagi ini.
Amaran ribut petir, hujan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak sehingga jam 1 tengah hari ini.
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program best
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata inisiatif itu bagi mendorong pembudayaan persekitaran bersih dalam kehidupan seharian masyarakat di Wilayah Persekutuan.
TikTok beritahu pengguna A.S perkhidmatan ditutup 'sementara'
TikTok memaklumkan kepada 170 juta penggunanya di Amerika Syarikat pada Sabtu bahawa perkhidmatan aplikasi itu tidak lagi tersedia buat sementara waktu.
Sze Fei-Nur Izzuddin wakil tunggal negara ke pentas akhir Terbuka India
Beregu lelaki nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025, esok.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir
Gandingan pilihan kelima itu hanya ambil masa 34 minit untuk singkirkan pasangan bukan pilihan dari China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga
Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperbaharui ranking BWF mereka dengan menghuni tangga ketiga dan keempat dunia.
Gelaran beregu lelaki Terbuka Malaysia milik Won Ho-Seung Jae
Won Ho-Seung Jae muncul juara baharu dengan kemenangan 21-12, 21-12 dalam perlawanan selama 64 minit.
Mental belum cukup kuat punca Tang Jie-Ee Wei tersingkir - Nova
Katanya, jika mahu pergi lebih jauh, mereka perlu segera atasi masalah berkenaan terutama ketika berdepan beregu campuran handalan dunia.
BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.
Yew Sin-Ee Yi masih mahu rebut tempat di Olimpik
Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memberi bayangan akan meneruskan aksi di pentas antarabangsa dengan meletakkan sasaran layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
Sze Fei-Nur Izzuddin kini ranking kedua dunia, beregu lelaki nombor satu negara
Finalis Badminton Final Jelajah Dunia BWF musim lalu itu memperbaharui ranking terkini apabila melonjak ke tempat kedua dunia.
Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.