SKUAD negara akan dibarisi gabungan pemain senior dan junior menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2025 di Qingdao, China, bermula 11 Februari depan.

Pengarah kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky, mengumumkan barisan skuad yang akan membawa cabaran negara hari ini dengan gabungan pemain berpengalaman dan bakat muda menjadi resepi utama di kejohanan itu kali ini.

"Selepas melakukan pertimbangan, kami memilih pasukan yang seimbang menggabungkan pengalaman senior dan pemain pelapis untuk memberikan mereka peluang. Jika bukan sekarang, bila lagi mereka akan mendapat peluang?

"Pemain utama kami bersiap sedia dengan kalendar yang padat dan kejohanan ini menyediakan platform baik buat pemain pelapis yang sedang meningkat dan memperoleh pengalaman berharga." katanya.

Untuk rekod, skuad negara diundi dalam Kumpulan B, bersama Indonesia, Hong Kong dan Kazakhstan.


Senarai pemain terpilih adalah seperti berikut: 

Perseorangan Lelaki:
Leong Jun Hao (Ranking 27 dunia)
Justin Hoh (Ranking 53 dunia)

Perseorangan Wanita: 
Wong Ling Ching (Ranking 95 dunia)
K.Letshanaa (Ranking 59 dunia)

Beregu Lelaki:
Arif Junaidi-Yap Roy King (Ranking 20 dunia)
Tee Kai Wun-Man Wei Chong (Ranking 13 dunia)

Beregu Wanita: 
Tan Zhing Yi-Cheng Su Hui (Ranking 122,142 dunia)
Teoh Mei Xing-Go Pei Kee (Ranking 66 dunia)

Beregu Campuran:
Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin (Ranking 18 dunia)
Goh Soon Huat-Shevon Lai (Ranking 4 dunia) 

- StadiumAstro