KUALA LUMPUR:Selepas hampir tiga dekad menumpukan sepenuh masa dalam sukan skuasy, termasuk hampir 20 tahun sebagai pemain profesional, ikon skuasy negara Datuk Nicol David, kini mempunyai masa untuk melakukan banyak perkara baharu dalam hidupnya.
Sejak mula bermain pada usia tujuh tahun dan menyertai kejohanan antarabangsa pada usia 12 tahun dan memenangi Terbuka British 'Junior' bawah 14 pada 1996, Nicol merupakan pemain yang paling banyak memenangi kejohanan dalam sukan skuasy dan menjadi inspirasi kepada jutaan peminat di seluruh dunia.
Pemain berasal dari Pulau Pinang berusia 37 tahun itu, tidak penah menyesal menyertai sukan, dengan berjaya dalam kesemua yang boleh dimenangi, termasuk lapan kali Juara Dunia, 81 kejuaraan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) Dunia, rekod 109 bulan (sembilan tahun) sebagai pemain nombor satu dunia dan atlet paling berjaya Sukan Asia dengan keseluruhan tujuh pingat emas.
Nicol yang telah tersenarai dalam 'Hall of Fame' Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) pada 2011 dan diundi sebagai Atlet Terunggul Sepanjang Zaman pada Isnin berkata, agak sukar dipercayai yang telah dua tahun kehidupan beliau di luar gelanggang, sejak mengumumkan persaraannya pada Februari 2019.
"Kehidupan selepas besara saya amat menarik sekali ... saya belajar banyak perkara dan saya lihat bagaimana saya mampu untuk melakukan banyak perkara selain skuasy," katanya kepada Bernama menerusi temubual sidang video.
"Saya belajar secara dalam talian, dan melakukan ceramah motivasi saya, jadi mencapai kepada orang ramai, mendapatkan input mereka dan mengetahui yang saya dapat memberikan semula dalam cara tertentu.
"Ia sesuatu yang amat bermakna untuk saya, tahu yang saya boleh lakukannya untuk orang lain," kata Nicol yang Terbuka British pada Mei 2019 menjadi kejohanan terakhir disertainya.
Walaupun telah bersara, Nicol secara aktifnya terlibat dalam mempromosikan skuasy, memperkasakan wanita dan memberikan ceramah motivasi, selain menjadi mentor kepada kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019.
Nicol bagaimanapun amat berbangga dan terasa amat dihargai dengan semua kasih sayang dan sokongan daripada semua peminat di Malaysia di sepanjang kariernya sehingga kini, terutamanya ketika undian dalam talian Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia.
Walaupun merupakan wakil tunggal dari rantau Asia, Nicol menewaskan 23 lagi calon mewakili pelbagai jenis sukan selepas mendapat 318,943 undi, untuk menang dengan kelebihan 200,000 majoriti pada tempoh undian satu bulan yang ditutup pada malam Isnin.
Bercakap mengenai sasaran masa hadapan, Nicol yang dikenali sebgai seorang yang suka merendah diri dan senyuman manisnya menyatakan, yang banyak sasaran dan rancangan yang belum dipenuhinya, kini dapat dilakukannya sekarang.
"Saya mahu untuk bersama dan berikan semula kepada masyarakat, untuk mempertahankan wanita, remaja dan sukan, untuk menjadi suara kepada mereka yang perlukannya. Saya telah lalui pengalaman hidup menerusi skuasy, dan kini saya bersedia untuk bersuara dan berikan peluang kepada orang lain untuk menyuarakan menerusi saya.
"Secara jujurnya, tiada apa (yang saya mahu tukar sebagai altet), saya telah capai apa yang boleh dicapai dan saya benar-benar bangga dengan apa yang saya telah lakukan untuk diri saya," katanya.
Ditanya mengenai pengalamannya dalam melengkapkan kursus asas dalam Psikologi Positif di Universiti Pennsylvania, Nicol berkata psikologi merupakan minatnya sejak beliau masih menjadi atlet.
"Sebab itulah ketika saya berlatih, saya sentiasa berminat untuk mahu memahami lebih mengenai pemikiran, dan bagaimana untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan ketika saya bertanding ... Tetapi dalam proses itu, saya sedar yang ia diterjemahkan kepada semua perkara. Kita boleh lakukan dalam kehidupan seharian untuk melatih pemikiran kita, untuk menjadi lebih kuat dan berfikir secara positif dalam banyak cara.
"Pesanan saya kepada pemain-pemain muda ialah untuk terus berlatih bersungguh-sungguh dan berusaha ke arah sasaran anda dan juga mempunyai keinginan, kemahuan dan semangat dalam membawa kita kehadapan dan berusaha terus untuk apa yang kita benar-benar mahukan untuk diri kita," katanya.
Nicol juga berharap yang komuniti kita akan bersatu dan lebih menyayangi antara satu sama lain dan benar-benar jujur dan positif sebolehnya, dalam menghadapi masa sukar melawan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 03 2021

Nicol amat berbangga dan berasa amat dihargai oleh semua peminat di Malaysia sepanjang kariernya sehingga kini. - Gambar/ Bernama

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Nicol David terima sijil daripada Harvard Business School
Nicol Ann David menerima sijil berprestij daripada Program Sijil Dalam Talian Harvard Business School setelah menamatkan kursus "Power and Influence for Positive Impact."

Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.

Sokong anak ceburi sukan tanpa menekan - Ibu bapa Nicol
Desmond berkongsi bahawa beliau dan isteri tidak pernah menekan Nicol untuk menyertai sukan secara serius atau untuk menjadi juara.

Olimpik Paris 2024: Terima kasih atas segalanya - Nicol David
Bekas atlet negara itu tidak mahu orang ramai menyalahkan kesilapan yang dilakukan sebaliknya mengirimkan tanda positif.

Olimpik Paris 2024: Nicol bangga menyaksikan kebangkitan luar biasa Zii Jia
Nicol David bangga dengan kebangkitan dipamerkan Lee Zii Jia dalam perlawanan penentuan sebelum berjaya meraih pingat gangsa.

28 tahun lalu beraksi di Heriot-Watt, kini Nicol Pro-Canselor universiti kampus Malaysia
Nicol, yang telah menggantung raketnya pada 2019, dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti Heriot-Watt Malaysia, pada Ahad.

Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia
Sivasangari muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Nicol David dan Low Wee Wern.

Hannah Yeoh ucap tahniah pelantikan Nicol David sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nicol David atas pelantikan ratu skuasy negara itu sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia.

Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.

Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.