Bapa kepada jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan, berharap anaknya dapat melangkah jauh dalam kerjaya sukannya.
Jantan Ramli, 47, berkata Khairul Hafiz telah mula menunjukkan bakatnya sejak berada di bangku sekolah rendah lagi.
"Pertama sekali, untuk mencapai keputusan cemerlang begini, saya nak ucapkan terima kasih kepada jurulatihnya (Mohd Poad Md Kassim) yang memberikan kejayaan ini. Khairul Hafiz dari darjah enam lagi menjadi olahragawan sekolah.
"Sukan ini memang bukan baru bagi keluarga saya kerana ramai terlibat dalam sukan. Ada juga adik-beradik saya yang wakil Sukma, ia mungkin keturunan.
"Jika dia nak pergi lebih jauh, ia bergantung usaha diri sendiri. Kami (ibu bapa) cuma berdoa untuk yang terbaik bagi anak-anak," katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ketika ditemui pemberita di Stadium Sarawak di sini, pada Khamis.
Beliau terdahulu menyaksikan anaknya memecahkan rekod Sukma bagi acara 200m dengan menamatkan larian dalam masa 21.14 saat, berbanding rekod lama yang dicatatkan bekas pelari pecut dari Terengganu, Nazmizan Muhammad, iaitu 21.33s yang dilakukan di Sukma 2002 di Sabah.
Itu merupakan rekod kedua yang dipecahkan pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) berusia 18 tahun itu dalam masa 24 jam, selepas memadam rekod kebangsaan berusia 18 tahun milik Watson Nyambek dalam acara 100m.
Khairul Hafiz mencatat rekod baharu dengan melintasi garisan penamat dalam masa 10.18s, berbanding 10.30s yang dicatatkan Watson pada Kejohanan Pra-Komanwel 1998 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemudian beliau berganding dengan Badrul Hisyam Abdul Manap, Asnawi Hasyim dan Muhammad Azam Masri untuk meleburkan satu lagi rekod kejohanan dalam acara 4x100m lari berganti-ganti untuk pasukan Melaka.
Kuartet itu mencatat 39.89s berbanding rekod terdahulu, 41.04s milik pasukan Sabah yang terdiri daripada Rayzamshah Wan Sofian, Mohd Aliff Nyat, Fahrul Nazri dan Md Helmi Augustinus pada Sukma 2008 di Terengganu.
Bernama
Fri Jul 29 2016
Jantan Ramli berkata Khairul Hafiz telah mula menunjukkan bakatnya sejak berada di bangku sekolah rendah lagi. - Gambar fail
Kerajaan diarahkan segerakan pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan memihak kepada sekumpulan bekas penjawat awam dengan mengarahkan kerajaan segera melaksanakan pelarasan pencen seperti yang ditetapkan keputusan mahkamah terdahulu.
Polis siasat dokumen palsu guna nama Ketua Polis Negara
Polis membuka kertas siasatan berhubung penyebaran satu dokumen palsu yang meniru tanda tanga Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husaun berserta Jata Negara dan logo Badan Peguam Malaysia.
Dua beranak cedera kenderaan dihempap pokok tumbang
Dua beranak cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di sini, pagi tadi.
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
Arul Kanda beritahu mahkamah, beliau tidak meminta penjelasan penamatan dua juruaudit 1MDB
Arul Kanda menjelaskan, beliau tidak menanyakan mengenai perkara tersebut kerana beliau hanya menyertai dana kekayaan negara itu, pada 2015.
Gencatan senjata: Bantuan kemanusiaan perlu disalurkan segera ke Gaza
Keperluan mendesak adalah memastikan akses kemanusiaan penuh kepada semua orang awam yang memerlukan bantuan untuk menyelamatkan nyawa.
Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
Bekas kerani bank didakwa pecah amanah akaun masjid lebih RM100,000
Bekas kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang akaun sebuah masjid berjumlah RM115,900, tiga tahun lepas.
Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela
Belanda memutuskan untuk mengurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela di negara itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Caracas.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan kepada 120 rumah warga emas
McDonalds Malaysia mengunjungi 120 rumah kebajikan untuk membawa kegembiraan Tahun Baru Cina ini.
Bapa Khairul Hafiz harap anaknya boleh melangkah jauh
Bapa kepada jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan, berharap anaknya dapat melangkah jauh dalam kerjaya sukannya.