KUALA LUMPUR: Bukan sahaja menjadi pelumba paling gembira bersaing dalam Liga Juara-Juara Trek (TCL) UCI, pelumba berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang mempamerkan prestasi melepasi jangkauan jurulatihnya, John Beasley.
Beasley mengakui beliau kagum dengan kayuhan yang diperagakan Azizulhasni walaupun beliau baru sahaja menjalani pembedahan jantung pada April lepas.
"Lebih baik daripada jangkaan, saya secara peribadi menjangkakan Azizulhasni akan menduduki kelompok terbawah memandangkan kejohanan ini membariskan 18 pelumba pecut terbaik dunia.
"Jadi untuk berada dalam kelompok 10 terbaik adalah sangat istimewa lebih-lebih lagi dengan latihan terhad dijalani selain ini merupakan perlumbaan kompetitif pertama selepas beraksi dalam acara final keirin lelaki pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, tahun lepas," katanya kepada Bernama.
'The Pocket Rocketman' menamatkan kempen dalam TCL di kedudukan kelapan secara keseluruhan dengan mengutip 60 mata manakala pelumba Australia, Matthew Richardson dimahkotakan sebagai juara dengan 183 mata dalam kategori pecut lelaki.
Pelumba berusia 34 tahun itu turut beraksi pada peringkat akhir acara kegemarannya iaitu keirin dengan menduduki tempat kelima dalam pusingan akhir TCL yang berlangsung di hadapan lebih 5,500 peminat di venue Sukan Olimpik 2012 iaitu di Lee Valley VeloPark, London, Sabtu lepas.
Menyifatkan Azizulhasni sebagai atlet yang luar biasa selain sering dahagakan aksi di trek, Beasley berkata beliau terpegun dengan anak buahnya yang 'sering tersenyum' sepanjang kejohanan lima pusingan bermula di Mallorca, Sepanyol pada 12 Nov.
Pada masa sama, Beasley berkata pihaknya tidak akan terburu-buru dalam membantu bekas juara keirin lelaki dunia itu kembali ke prestasi terbaiknya.
"Jadi sekarang adalah masa untuk menguruskan beliau, kami perlu teruskan program tanpa menjejaskan kesihatan dan memastikan beliau tidak banyak melakukan aktiviti berlebihan dengan cepat kerana kami mahu pastikan beliau benar-benar cergas dan bebas daripada kecederaan," katanya.
Selain kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024, Beasley berkata Azizulhasni dijangka beraksi pada Kejohanan Asia di Malaysia pada Jun depan selain Sukan Asia di Hangzhou, China mulai 23 Sept - 8 Okt 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022

Beasley mengakui beliau kagum dengan kayuhan yang diperagakan Azizulhasni walaupun beliau baru sahaja menjalani pembedahan jantung pada April lepas. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.

Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.