SHAH ALAM: Skuad lelaki negara melangkah ke separuh akhir selepas mengatasi Jepun 3-2 untuk muncul juara kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, hari ini.
Bagaimanapun, barisan pemain negara terpaksa bergelut meskipun pasukan Jepun membariskan pemain muda yang kebanyakannya bukan pilihan, sebelum mengesahkan tiket ke separuh akhir pada perlawanan peringkat kumpulan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, di sini.
Perseorangan utama negara Lee Zii Jia yang turun selaku pemain pertama terpaksa 'bermandi peluh' apabila diheret bermain sehingga set penentuan sebelum mengesahkan kemenangan ke atas pemain di ranking ke-343 Riku Hanato.
Hanato mengejutkan pemain negara di ranking ketujuh dunia itu apabila menang set pertama 21-15, sebelum Zii Jia bangkit menguasai set kedua dengan 21-6 dan mengesahkan mata pertama buat pasukan negara dengan menang set ketiga 21-15 dalam 56 minit perlawanan.
Mengulas mengenai prestasinya, Zii Jia berkata kekalahan pada set pertama berpunca daripada beberapa kesilapan mudah dan keadaan angin menyebabkan beliau sukar mengawal bulu tangkis.
"Ia lebih mudah untuk saya pada set kedua dan jurang mata juga besar. Dan dalam set penentuan, saya tidak mahu terlalu jauh sehingga mata ke-11, dan sebaik bertukar saya yakin untuk menang.
"Gaya permainan Hanato mirip Kento Momota, agak sukar dijangka. Ini bukan prestasi terbaik saya, tapi saya berpuas hati dapat mengurus tekanan, jadi harap boleh menampilkan prestasi lebih stabil selepas ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan hari ini.
Bagaimanapun, nasib berbeza buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila tunduk kepada gandingan di ranking ke-857 Ayato Endo-Yuta Takei 21-23, 16-21.
Gandingan ketujuh dunia dilihat mampu memenangi set pertama apabila mendahului 20-14 namun hilang fokus dan gagal memanfaatkan peluang ke atas gandingan Jepun berusia 21 tahun.
"Kita bukan mengambil mudah mereka kerana kita tahu Jepun memang kuat, tidak kira hantar pasukan A atau B. Selepas menang set pertama, keyakinan dan kelajuan mereka sudah meningkat, jadi kita hadapi tekanan," kata Aaron.
Skuad negara sekali lagi gagal mengutip mata apabila perseorangan kedua negara Aidil Sholeh Ali Sadikin tewas kepada Koo Takahashi 21-19, 16-21, 15-21 dalam pertarungan berlangsung satu jam 16 minit.
Beregu kedua negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani kembali membuka harapan buat pasukan negara apabila mengutip mata penyamaan selepas menang 17-21, 21-17, 21-17 ke atas pasangan Shuntaro Mezaki-Haruya Nishida.
Pemain di ranking ke-126 Leong Jun Hao muncul wira apabila menyumbang mata kemenangan selepas menundukkan Koshiro Moriguchi 21-18, 21-16.
Malaysia memulakan kempen pada Rabu dengan kemenangan ke atas skuad Singapura diketuai Lok Kean Yew dan pasukan Kazakshtan dengan kemenangan masing-masing 5-0 untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir BATC dan tiket ke Piala Thomas secara merit.
Malaysia mengungguli kumpulan dengan tiga mata selepas menang kesemua perlawanan peringkat kumpulan manakal Singapura di tempat kedua selepas menewaskan Jepun 3-2 dan Kazakhstan 5-0, sekali gus layak ke separuh akhir.
Pada perlawanan separuh akhir esok, Malaysia bakal berdepan Korea Selatan manakala Singapura akan berdepan Indonesia.
Sementara pasukan wanita pula menempah laluan sukar apabila diundi berdepan penyandang naib juara Korea Selatan manakala Jepun akan bertemu Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022
Pemain perseorangan Lelaki, Lee Zii Jia ketika beraksi menentang pasukan Jepun, Hatano Riku pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) hari ini. - Foto BERNAMA
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
Dunia semakin tidak menentu, Malaysia perlu perkukuh kekuatan dalaman – PM Anwar
PM Anwar gesa rakyat untuk bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, keterampilan dan AI.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Malaysia perlu guna FTA untuk promosi minyak sawit di global -- MPOB
Malaysia perlu menggunakan FTA yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk RCEP untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global.
Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"
Malaysia mainkan peranan penting dalam memajukan keutamaan ASEAN - Setiausaha Agung
Di bawah kepengerusian Malaysia, Visi Komuniti ASEAN 2045 akan dilancarkan pada Mei dan dijangka mempercepatkan pembangunan mampan di rantau ini.
ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan
Malaysia dan Korea Selatan terus mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua negara dalam mempererat hubungan dua hala melalui pelancongan.
Malaysia sasar daftar 5,000 syarikat permula tahun ini - Chang
Malaysia menyasarkan untuk mendaftar 5,000 syarikat permula baharu menjelang pada tahun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Eksport sarang burung Malaysia ke China disambung selepas protokol baharu dimuktamad
Eksport produk sarang burung Malaysia ke China akan disambung semula selepas KPKM melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memuktamadkan protokol eksport baharu.