KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia untuk melakar sejarah tersendiri dengan menghantar wakil dalam acara sukan tari (breakdance) pada Sukan Olimpik.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, sasaran itu dibuat selepas melihat potensi besar dimiliki atlet breakdance negara dan beliau percaya Malaysia mempunyai ramai bakat muda dalam sukan itu.
Menurutnya, beliau juga berharap sukan itu satu hari nanti mampu menjadi sandaran pingat buat negara, sekali gus mengurangkan beban atlet badminton, basikal dan terjun.
“Sekarang Malaysia banyak bergantung kepada sukan berbasikal, terjun untuk mencari pingat. Harapan saya pada Olimpik nanti, kita ada sukan baharu yang menghantar wakil.
“Jadi, bila kita nak harapkan pingat, fokus dan beban tidak terletak kepada beberapa atlet sahaja, tapi kita ada bakat lebih besar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Malaysia Biggest Street Dance Competition Battleground Malaysia-Road to Gold pada Rabu.
Program tersebut diadakan bagi mencapai objektif KBS dalam menyediakan rancangan realiti televisyen berbentuk pertandingan tarian jalanan (street dance) yang memberi peluang penyertaan anak muda di seluruh negara untuk menyerlahkan bakat mereka.
Ia juga memaksimumkan reach out program KBS di pelbagai platform yang menggabungkan elemen sukan, tarian dan hiburan di samping menyemarakkan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen emas pertama negara.
Tambah beliau, dengan kerjasama Astro menerusi Battleground Malaysia: Road to Gold, kementerian komited untuk membantu para penari dan mencungkil ramai lagi bakat yang boleh mewakili Malaysia di persada antarabangsa.
"KBS berharap agar Battleground Malaysia: Road to Gold akan menjadi platform untuk mencungkil bakat belia Malaysia, memperkasakan mereka menerusi peluang, mentor dan latihan yang diberikan oleh ahli profesional yang berkaliber.
"Ia juga disertai dengan aspirasi untuk memupuk generasi baharu atlet Malaysia yang akan bersinar di pentas dunia," katanya.
Program Battleground Malaysia turut membawa Kempen Road To Gold melalui penyertaan Malaysia dalam Temasya Sukan Olimpik Paris ke XXXIII pada 2024, dengan mengetengahkan mesej sokongan seluruh rakyat Malaysia dalam misi mendapatkan emas pertama negara.
Di samping itu, Battleground Malaysia juga boleh menjadi satu rancangan tontonan bersama ahli keluarga untuk bersama-sama menzahirkan sokongan kepada peserta yang bertanding, dan seterusnya mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ini kerana, konsep pertandingan menekankan syarat penyertaan peserta yang perlu disertai daripada pelbagai kaum dan mewakili pelbagai negeri.
Dalam pada itu, Hannah berkata, kementerian sentiasa memberi sokongan kepada bintang sukan tari negara, Sam Jee Lek atau Lego Sam untuk terus menempa kejayaan di pentas antarabangsa.
Untuk rekod, Lego Sam merupakan antara atlet breakdance negara yang menyinar di pentas antarabangsa termasuk memenangi emas dalam Sukan SEA Kemboja, Mei lalu.
Saksikan pertandingan sukan tarian ‘street dance’ terbesar di Malaysia, Battleground Malaysia: Road to Gold menerusi Astro RIA (Saluran 104), Vinmeen (Saluran 202) dan SHOWCASE (Saluran 413) setiap Jumaat, 10 malam mulai 29 September.
Saksikan jua di Astro AEC (Saluran 306) setiap Sabtu 11 malam mulai 30 September.
Ridauddin Daud
Fri Sep 29 2023
Battleground Malaysia: Road To Gold mampu menjadi platform pencarian atlet negara dalam sukan breaking. -Foto Astro Malaysia
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
Multilateralism: The key factor on climate control
Join Executive Director and Professor of Planetary Health at Sunway University, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, as she highlights how multilateralism drives global solutions for climate change and a sustainable future.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
US Chip War: Malaysia’s tech aspirations under pressure, what lies ahead?
As Malaysia sets its sights on becoming a global AI and semiconductor hub, Tier 2 classification and GPU import restrictions could be a roadblock. Will these challenges stifle its technological ambitions and deter global investors, or can Malaysia navigate its way to maintain its competitive edge in the global semiconductor supply chain?
YTL group akan labur £4 bilion di uk dalam tempoh 5 tahun
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian gencatan senjata, Hamas puji sokongan Malaysia semasa krisis Gaza
Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji "pendirian terhormat" Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan rumah terbakar
Seorang lelaki ditemukan mati di dalam longkang berdekatan sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kok Tiong.
Terbuka India 2025: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara pusingan 16 terbaik
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan bukan pilihan dari Thailand.
Battleground Malaysia: Road To Gold Inisiatif Rakan Muda beri inspirasi kepada belia capai kecemerlangan
KBS berharap Battleground Malaysia dapat menjadi medan perpaduan golongan belia.
'Battleground Malaysia: Road to Gold' bakal jadi platform cungkil bakat belia negara
Malaysia mempunyai ramai penari berbakat yang mampu menjadi atlet untuk mewakili negara ke Olimpik.