PEMAIN pertahanan Tottenham Hotspur, Ben Davies telah mengambil alih jawatan kapten Wales dan berharap semangat Spurs yang ketika ini berada di puncak Liga Perdana Inggeris dapat turut berlaku untuk pasukan negaranya pada kelayakan Euro 2024.
Davies menggantikan Aaron Ramsey yang cedera sebagai kapten untuk perlawanan persahabatan Khamis ini dengan Gibraltar dan perlawanan kelayakan Euro menentang Croatia di Cardiff pada Isnin depan.
Davies telah digunakan oleh bos baharu Spurs, Ange Postecoglou sebagai pemain gantian pada musim ini tetapi pemain berusia 30 tahun itu berkata, dia tiba untuk tugasan antarabangsa dengan semangat yang baik.
“Pemain mahu berada dalam pasukan yang menang dan sekarang saya cukup bertuah kerana saya berada dalam skuad di mana kami memperoleh keputusan yang baik dan bermain dengan baik.
"Ia mengenai membawa semangat itu dan perkara yang bagus ke dalam kem latihan minggu ini.
“Perlawanan Gibraltar adalah penting kepada kami sebagai satu kumpulan dan kami mendapat peluang bermain di atas padang.
“Mudah-mudahan kami mendapat satu lagi keputusan bagus yang memberikan kami keyakinan untuk menghadapi perlawanan besar menentang Croatia,” katanya.
Pemain tengah Cardiff, Ramsey mengalami kecederaan lutut dan akan turut diketepikan untuk perlawanan terakhir kelayakan Euro menentang Armenia dan Turki bulan depan.
Ia merupakan satu kehilangan besar bagi pasukan Wales yang juga tanpa rakan sepasukan Davies di Tottenham, Brennan Johnson kerana kecederaan dan memerlukan keputusan positif menentang Croatia untuk mengekalkan harapan automatik untuk layak ke Euro di Jerman.
“Aaron seorang pemain yang hebat dan tanpanya sudah pasti satu tamparan. Ia memberi peluang kepada pemain lain untuk menunjukkan apa yang mereka boleh lakukan dan kami teruja untuk perlawanan itu," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 10 2023

Ben Davies ketika menjalani sesi latihan menjelang Kelayakan Euro 2024 di The Vale Resort, Hensol, Wales, Britain, 10 Sept 2023. - Gambar fail REUTERS

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Bawa aura Spurs ke Wales
Davies menggantikan Aaron Ramsey yang cedera sebagai kapten untuk perlawanan persahabatan Khamis ini.