KUALA LUMPUR: Memahami bebanan kewangan penyokong yang terjejas susulan pandemik COVID-19, antara faktor utama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membuat keputusan mengekalkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata, keputusan tersebut dibuat Sekretariat MFL dan diluluskan Ahli Lembaga Pengarah badan induk itu dalam mesyuarat sebelum ini.
"Ini satu keputusan besar yang terpaksa diambil dan sekarang bukan masa untuk kita menaikkan harga tiket walaupun kos operasi amat tinggi.
"Ia pertimbangan yang agak mendalam pada tahap (peringkat) Sekretariat tetapi keputusan ini saya rasa berpatutan dibuat kerana kita faham beban penyokong," katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keputusan mengekalkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang menyambut ulang tahun ke-100 penganjurannya tahun ini.
Ia perlawanan akhir pertama saingan berprestij itu sejak pandemik COVID-19 yang menyaksikan saingan edisi 2020 terpaksa dibatalkan menjelang aksi peringkat suku akhir susulan ketidaktentuan ancaman wabak itu.
Pada masa sama, Stuart berkata MFL sedar langkah itu menyebabkan pihaknya hanya memperoleh pendapatan terhad daripada hasil penjualan tiket, namun mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi perkara itu.
Katanya, MFL sangat berhemah dalam memastikan segala perbelanjaan dapat menjana keuntungan dan sudah menjangkakan anggaran pulangan yang bakal diperoleh hasil penjualan tiket.
Empat jenis tiket akan dijual iaitu bermula serendah RM50 sehingga harga tertinggi iaitu RM150 dan tiket dikelaskan mengikut empat tier bermula kemasukan umum (RM50 dan RM70), kemasukan umum premium (RM80) dan grandstand premium (RM150).
Sementara itu, dalam memastikan kelancaran perlawanan, Stuart berkata MFL akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan penonton dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berada pada tahap terkawal.
"Walaupun hanya 20,000 penonton bakal memuatkan stadium, perkara itu tidak diambil ringan atas beberapa insiden yang berlaku baru-baru ini. Ia telah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Penganjur Tempatan (LOC) dan PDRM dalam memastikan tatacara penyokong dilaksanakan dengan sempurna," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan. - Bernama

Israel putuskan bekalan elektrik ke Gaza, jejaskan loji penyahgaraman air minuman
Kekejaman Israel itu disifatkan Hamas sebagai sebahagian daripada "dasar kebuluran" Israel.

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Konsert solo 'Amy Search Magic' 26 April ini
Selepas 44 tahun bergelar anak seni, penyanyi rock legenda tanah air Datuk Amy Search bakal muncul dengan konsert solo pertamanya 'Amy Search Magic'.

Muzium Negeri Sembilan kenakan bayaran tiket masuk bermula Februari
Muzium Negeri, Negeri Sembilan yang terletak di Kompleks Taman Seni Budaya Seremban akan mula mengenakan bayaran tiket masuk ke galeri pamerannya bermula bulan depan setelah beroperasi lebih 40 tahun.

Piala FA: Penyokong terkejut harga tiket luar biasa
The Lambs akan melayan kunjungan Tottenham bimbingan Ange Postecoglou di The Lamb Ground pada 12 Januari.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Tiket final Piala Asia 2024 serendah RM50 - MFL
Final Piala FA itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 malam.

TFC turun harga tiket hargai penyokong
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) mengumumkan menurunkan harga tiket bagi perlawanan Liga Super antara Terengganu FC (TFC) dengan Negeri Sembilan FC (NSFC).

Sukma 2024: Syarikat penerbangan diharap tawar harga tiket mampu milik
Inisiatif itu dilihat dapat memberi peluang kepada seluruh masyarakat untuk menyaksikan temasya dwitahunan terbesar berkenaan.

Konsert tema disko satukan Diskoria, Sheila Majid
Diskoria yang dianggotai komposer Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat berazam memberikan persembahan terbaik untuk peminat mereka di Malaysia.

Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.