BEKAS bek kiri Manchester City, Benjamin Mendy menandatangani kontrak bersama kelab Ligue 1 Perancis, FC Lorient dengan kontrak dua tahun selepas dibebaskan daripada tuduhan merogol.
Pemain Perancis berusia 29 tahun itu didapati tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol dan satu percubaan merogol oleh mahkamah Britain pada Jumaat.
Pada Januari, Mendy didapati tidak bersalah atas enam pertuduhan merogol dan satu pertuduhan serangan seksual.
Kali terakhir Mendy bermain untuk Manchester City menentang Tottenham Hotspur pada Ogos 2021 dan digantung kelab Liga Perdana Inggeris tersebut pada bulan itu selepas penahanannya.
Sebagai rekod, Manchester City telah melepaskannya apabila kontraknya tamat bulan lalu.
Lorient dalam satu kenyataan berkata Mendy telah lulus ujian perubatan, akan memakai jersi nombor lima dan membuat penampilan pertamanya di padang latihan kelab itu pada Rabu.
Mendy menjadi pemain pertahanan termahal Liga Perdana Inggeris apabila menyertai City dari kelab Perancis, AS Monaco dengan harga 52 juta pound pada 2017.
Dia memenangi tiga kejuaraan liga bersama City dan merupakan ahli skuad pemenang Piala Dunia 2018 Perancis, tanpa bermain di final.
Sebagai rekod, Lorient menduduki tempat ke-10 dalam liga musim lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 19 2023
Lorient dalam satu kenyataan berkata Mendy telah lulus ujian perubatan, akan memakai jersi nombor lima. - Foto Twitter/FC LORIENT
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Bebas tuduhan rogol, Mendy bina semula karier di Lorient
Benjamin Mendy menandatangani kontrak bersama kelab Ligue 1 Perancis, FC Lorient dengan kontrak dua tahun.
Tuduhan rogol: Bekas pertahanan Man City, Benjamin Mendy kekal tidak bersalah
Pemain berusia 28 tahun tersebut bercucuran air mata ketika keputusan tidak bersalah berkenaan dibacakan oleh juri.
Man City gantung Mendy setelah didakwa empat tuduhan rogol
Tuduhan terhadap bek kiri berusia 27 tahun itu berkaitan dengan tiga pengadu berusia lebih dari 16 tahun.
City tewaskan Leicester 2-0, kekal pendahulu liga
Gol pertama City dijaringkan Benjamin Mendy pada minit ke-59.
COVID-19: Pemain bukan kambing hitam, kata Guardiola
Liga dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) pada minggu ini menggesa pemain agar mematuhi protokol pandemik itu ketika meraikan gol.
Kecederaan Mendy paksa Guardiola cari pertahanan kiri baru
Manchester City menjadikan Mendy pertahanan kiri termahal dunia sejak menyertai City dari Monaco dengan nilai perpindahan GBP52 juta (RM279 juta) pada Julai 2017.