KUALA LUMPUR: Tatkala segelintir pihak tampak tidak bersetuju program naturalisasi kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diteruskan, beberapa individu terlibat secara langsung dalam ekosistem bola sepak negara menganggap program itu masih releven.
Bekas jurulatih skuad kebangsaan Dollah Salleh berpendapat khidmat pemain naturalisasi yang berkualiti masih diperlukan sebagai usaha memperkuat skuad Harimau Malaya untuk bersaing di pentas antarabangsa.
Menurut pengendali Sri Pahang FC itu, pasukan negara bukan sahaja memerlukan pemain naturalisasi yang memiliki kemahiran baik di atas padang, malah pemain yang mempunyai kelebihan dari aspek fizikal.
Katanya, beliau sendiri juga pernah mencadangkan supaya skuad kebangsaan diperkuat dengan kehadiran pemain naturalisasi ketika masih membimbing pasukan negara sebelum ini.
"Ini hakikat yang kita semua perlu terima bahawa Malaysia memang perlukan pemain naturalisasi dan satu daripada sebabnya faktor fizikal kerana apabila beraksi di peringkat Asia, belum cerita di pentas Eropah lagi, pemain-pemain tempatan kita sahaja belum cukup untuk bersaing," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Masing-masing ada pendapat sendiri, kalau ikut pengalaman saya, sukar jika kita bergantung harap kepada pemain tempatan sahaja untuk ke peringkat tertinggi, jadi kita kena pastikan pemain naturalisasi ini benar-benar layak," kata Dollah yang membimbing skuad Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF 2014.
Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City FC Stanley Bernard mengakui kehadiran pemain naturalisasi juga turut membantu perkembangan Liga Malaysia (Liga-M) dalam memberikan lebih banyak pilihan pemain berkualiti yang akan memanfaatkan kelab bertanding.
Bagi Stanley, antara sudut positif kehadiran pemain naturalisasi kepada kelab ialah dapat memperkuat pasukan sekali gus merancakkan lagi saingan Liga-M, namun penelitian dengan mendalam perlu dilakukan sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Untuk itu, saya rasa kita berbalik kepada apa yang pemain naturalisasi itu boleh berikan kepada kita dan saya dapat lihat adanya mereka ini, liga kita akan menjadi lebih elit dan akan lebih banyak membantu daripada segi perkembangan sesebuah pasukan itu," jelasnya.
Dalam pada itu, CEO Kedah Darul Aman FC Khamal Idris Ali tidak melihat perebutan tempat dalam kesebelasan utama pasukan yang pastinya menjadi lebih mencabar dengan kehadiran pemain naturalisasi akan menyukarkan peluang pemain tempatan.
Katanya, pemain naturalisasi yang berkualiti boleh menjadi penanda aras kepada barisan pemain tempatan terutama 'ubi muda' pasukan untuk terus meningkatkan prestasi mereka.
"Bagi saya, kita kena faham dan jelas bagaimana kualiti yang ada pada seseorang pemain naturalisasi ini untuk mereka menjadi satu contoh dan penanda aras yang baik buat pemain tempatan untuk mengikut prestasi mereka.
"Keseimbangan itu juga penting tetapi untuk pemain tempatan, apabila mereka bersaing dengan pemain-pemain yang bagus, saya percaya mereka juga akan menjadi lebih bagus, jadi tiada isu pun mengenai program naturalisasi ini," katanya.
Ketika ini, dua nama pemain import Liga-M antaranya tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT), Gonzalo Cabrera dan Endrick Dos Santos (Penang FC) disebut-sebut bakal menjadi pemain naturalisasi terbaru pasukan negara dalam usaha skuad kebangsaan melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Skuad Harimau Malaya kini dibarisi tiga pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh dari Gambia, Liridon Krasniqi (Kosovo) serta Guilherme De Paula (Brazil).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021

Dollah (kiri) berpendapat khidmat pemain naturalisasi yang berkualiti masih diperlukan, manakala Stanley berpendapat pemain naturalisasi dapat memperkuat pasukan sekali gus merancakkan lagi saingan Liga-M. - Bernama/Astro AWANI

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

Piala Asia 2023: Kami di sini untuk sesuatu yang luar biasa - Junior Eldstal
Eldstal berkata bahawa pasukan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon, yakin dengan kemampuan mereka sendiri di Doha.

Program naturalisasi sememangnya gagal - Shebby
Bakat-bakat muda sedia ada akan 'rosak' sekiranya FAM menumpukan terhadap pemain naturalisasi yang tidak bersungguh-sungguh membawa lencana di dada.

Uji calon pemain naturalisasi dalam aksi persahabatan - Sathianathan
Ketua jurulatih dapat melihat lebih jelas kesesuaian dan keberkesanan kehadiran pemain asing dalam corak permainan pasukan kebangsaan.

Bekas jurulatih, CEO pasukan Liga-M anggap program naturalisasi masih relevan
Dollah Salleh berpendapat khidmat pemain naturalisasi yang berkualiti masih diperlukan sebagai usaha memperkuat skuad Harimau Malaya.

Sumareh sah sertai Police Tero FC di Thailand
Pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh sah beraksi di Liga Thailand bersama pasukan Police Tero FC, dalam musim baharu yang dijadual bermula Sabtu ini.

Sumareh boleh didaftar sebagai pemain tempatan bermula Mac 2019
Lembaga Pengarah MFL bersetuju untuk membenarkan pemain Pahang, Mohamadou Sumareh didaftarkan sebagai pemain tempatan bermula Mac 2019.

Pemain naturalisasi: Tun M beri lampu hijau
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi indikasi positif susulan cadangan mengambil pemain naturalisasi bagi skuad bola sepak kebangsaan.

Guna pemain naturalisasi wakil skuad Harimau Malaya 'tidak bermaruah' - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan penggunaan pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad Harimau Malaya adalah satu perkara yang "tidak bermaruah".