KUALA LUMPUR: Bekas atlet olahraga negara di Sukan Olimpik 1956 di Melbourne, Australia, M. Harichandra, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamanannya di Singapura, pada Rabu.
Beliau berusia 92 tahun.
Mendiang merupakan abang kepada legenda pecut negara Tan Sri Dr M. Jegathesan.
Jegathesan, yang dikenali sebagai 'The Flying Doctor', berkata abangnya itu menghembuskan nafas terakhirnya di Singapura sebelum beliau sempat menghubunginya melalui panggilan telefon.
Upacara sembahyang dan pembakaran mayat disempurnakan di Singapura semalam.
Mendiang adalah atlet yang pernah menyertai Sukan Asia 1954 di Manila dan Sukan Olimpik Melbourne 1956 serta antara kumpulan atlet negara pertama beraksi di sukan antarabangsa.
"Beliau adalah hero saya dan disebabkan beliau, saya mengikut jejak langkah untuk menyertai sukan olahraga dan dia merupakan suri teladan untuk saya berjaya di sukan olahraga," katanya kepada Bernama semalam.
Harichandra pernah memecahkan rekod larian dalam tempoh dua minit untuk 800m pada usia 23 tahun sebelum mewakili negara dalam banyak lagi acara.
Beliau akhirnya berpindah ke Singapura dan mula bekerja sebagai pegawai penjara di Outram Road pada tahun 1957 sebelum menjadi warganegara pada 1959, mewakili Singapura dalam olahraga termasuk di peringkat masters.
Beliau meninggalkan isteri Thangarasi, 78, serta dua orang anak bernama Rohan dan Anita.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

Harichandra pernah menyertai Sukan Asia 1954 di Manila dan Sukan Olimpik Melbourne 1956 serta antara kumpulan atlet negara pertama beraksi di sukan antarabangsa.

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.
AWANI Tonight 21 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
AWANI Ringkas: 'Gummy mata' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 21 Februari 2025
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
AWANI Tonight: Transnational repression within Malaysia’s borders
With Malaysia as ASEAN 2025 chair, Douglas Teoh from the End Transnational Repression Alliance speaks on the implications of the country’s role in transnational repression particularly in the face of Myanmar’s junta.

Bekas pelari Olimpik 1956, Harichandra meninggal dunia
Upacara sembahyang dan pembakaran mayat disempurnakan di Singapura pada Khamis.