ALOR SETAR: Bekas penyerang pasukan kebangsaan dan Kedah era 70-an, Roshidi Shaari, 67, terpaksa diintubasi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, selepas disyaki terkena jangkitan kencing tikus.
Anak keduanya, Rosyahemi Roshidi, 34, berkata doktor memaklumkan bapanya perlu diintubasi selama seminggu disebabkan oleh jangkitan kuman.
“Bapa mengadu demam pada Ahad dan mengalami cirit-birit dan serta muntah. Kemudian isteri saya membawa bapa ke HSB pada sebelah malam untuk mendapatkan rawatan.
“Doktor sahkan bapa alami jangkitan kuman dan perlu dintubasi selama seminggu. Abah setuju untuk ‘ditidurkan’ sebab jantungnya lemah, kalau dia makin baik, doktor akan bangunkan abah dan meneruskan rawatan lain. Sekarang abah bergantung kepada ubat jantung dan mesin bantuan pernafasan.
“Jadi sekarang kami tengah tunggu keputusan daripada doktor tentang pengesahan jangkitan kencing tikus pada petang Selasa.
"Apapun kami akan terima dan reda dengan segala keputusan yang akan dimaklumkan oleh doktor,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Mohd Azraai Khor, memohon peminat bola sepak tanah air untuk mendoakan Roshidi agar sembuh dengan segera.
Menurutnya, bekas jurulatih Piala Presiden dan Piala Belia Kedah itu pernah menyarung jersi kebangsaan dan memegang rekod pemain termuda dalam arena bola sepak antarabangsa yang diiktiraf Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
“Pohon sahabat-sahabat dan penyokong doakan sahabat seperjuangan saya di era 70-an bersama pasukan Kedah, saudara Roshidi Shaari yang telah ditidurkan di Wad ICU HSB disyaki Leptospirosis,” tulisnya di Facebook pada Selasa.
Selain mengecapi zaman kegemilangan sebagai tonggak utama Kedah, Roshidi juga pernah menjadi pembantu jurulatih pasukan Kedah di bawah kendalian ketua jurulatih Jourgen Larsen bermula 2001 hingga 2003.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jan 09 2024

Roshidi juga pernah menjadi pembantu jurulatih pasukan Kedah di bawah kendalian ketua jurulatih Jourgen Larsen bermula 2001 hingga 2003. - Gambar/ Ihsan keluarga

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Bekas penyerang kebangsaan, Roshidi Shaari diintubasi, dipercayai kena jangkitan kencing tikus
Roshidi Shaari, 67, terpaksa diintubasi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), selepas disyaki terkena jangkitan kencing tikus.