KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertikaian Sukan (JPS) yang berperanan membantu menyelesaikan sebarang pertikaian badan sukan secara telus dan profesional.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan Beng Choo, yang juga Setiausaha Agung Konfederasi Besbol-Sofbol Sedunia dan Presiden Sofbol Asia, akan dibantu empat Ahli JPS.
Antara individu yang dilantik menganggotai JPS ialah Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia Datuk Amarjit Singh Gill dan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia pengkhususan dalam Undang-Undang dan Tadbir Urus Sukan Profesor Dr Jady @ Zaidi Hassim.
Melengkapi senarai ahli ialah bekas Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Profesor Datuk Dr S. Shamala dan Naib Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) Sharon Wee.
Menurut KBS, JPS merupakan jawatankuasa bebas yang bertanggungjawab untuk mendengar dan menyelesaikan pertikaian yang dirujuk kepadanya apabila sesuatu pertikaian badan sukan tidak dapat diselesaikan di peringkat dalaman menggunakan Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan 2022.
"Sehubungan itu, KBS telah menggubal Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Jawatankuasa Pertikaian Sukan) 2022 bermatlamat untuk memperkasa badan sukan dalam mengurus dan menyelesaikan pertikaian dalaman badan sukan termasuklah atlet dengan telus, adil dan pantas tanpa sebarang campur tangan daripada pihak kerajaan atau KBS terutama penglibatan menteri.
"Ini bermaksud menteri tidak terlibat langsung dalam apa-apa prosiding mengenai pertikaian dalaman badan sukan. Menteri hanya terlibat sebagai platform rayuan sekiranya pihak yang bertelagah tidak berpuas hati dengan keputusan JPS," menurut kenyataan itu.
Antara tugas dan tanggungjawab JPS ialah mendengar serta memberi pandangan terhadap isu berkaitan pertikaian dalaman badan sukan yang dirujuk kepadanya dan menyelesaikan aduan pertikaian yang dirujuk oleh mana-mana anggota sesuatu badan sukan atau badan sukan.
JPS juga perlu mengenal pasti dan mengesyorkan langkah serta tindakan bagi menyelesaikan pertikaian dalaman badan sukan, mengesyorkan keputusan muktamad setelah mendengar aduan dan mengeluarkan keputusan secara bertulis kepada kedua-dua pihak yang bertikai.
"KBS komited dalam memastikan isu-isu pertikaian badan sukan yang tidak dapat diselesaikan dipermudah demi pembangunan sukan negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (duduk, tengah) bersama ahli-ahli JPS yang dilantik bagi menyelesaikan isu-isu pertikaian badan sukan. - Foto KBS/Sinar Harian
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.
AWANI Ringkas: Projek Bandar Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Sebuah kilang karpet di Nilai 3 di Seremban musnah dalam kebakaran, awal pagi Jumaat.
Menurut Komander Operasi Kanan JBPM Negeri Sembilan PgKB II Khir Amir Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pada 7.49 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Menurut Komander Operasi Kanan JBPM Negeri Sembilan PgKB II Khir Amir Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pada 7.49 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
[TERKINI] Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Polis menahan menahan empat lagi suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes tembakan di Machap, di Simpang Renggam, Kluang pada 10 Februari lalu.

185 kanak-kanak terkait GISB diserah kepada keluarga - Exco
Sebanyak 185 kanak-kanak terkait dengan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah diserahkan kepada keluarga dengan bon berserta syarat oleh pihak mahkamah.

Aplikasi Grok untuk iPhone kini boleh dimuat turun pengguna Malaysia
Pengguna iPhone boleh memuat turun Grok hari ini, tetapi ia masih belum tersedia untuk pengguna Android.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Bekas Setiausaha Agung MOM dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pertikaian Sukan
KBS memaklumkan, Beng Choo akan dibantu empat Ahli JPS yang berperanan menyelesaikan pertikaian dengan telus dan profesional.