USMAN Nurmagomedov berjaya mengekalkan rekod tanpa kalahnya menerusi kemenangan ke-13 berturut-turut dalam acara Bellator 263, sebentar tadi.
Aksi lightweight yang berlangsung di Inglewood, California itu menyaksikan Usman menumpaskan Manny Muro dari Amerika Syarikat menerusi TKO pada minit 3:30 pusingan pertama.
Perlawanan bermula garang dengan Usman mendominasi perlawanan sejak minit awal pusingan melalui beberapa tendangan padunya ke arah Muro, sekali gus menyekat kemaraan lawannya itu.
Dia kemudiannya membuat percubaan ‘rear-naked-choke’ terhadap Muro, namun gelutan yang diberikan Muro menyukarkan Usman untuk melaksanakan kuncian tersebut.
Tidak melepaskan lawannya begitu sahaja, Usman menjatuhkan Muro ke lantai sebelum menghujaninya dengan beberapa siri tumbukan — memaksa pengadil Frank Trigg mencelah dan menghentikan pertarungan.
Dengan kemenangan tersebut, Usman melebarkan rekod profesional MMA-nya kepada 13 - 0.
Usman, 23, merupakan sepupu kepada bekas jaguh lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov.
Usman membuat penampilan sulungnya di Bellator MMA pada April tahun ini di mana dia menewaskan petarung Amerika Syarikat, Mike Hamel menerusi keputusan sebulat suara.
Sementara itu dalam acara utama, A.J McKee dari Amerika Syarikat berjaya merampas kejuaraan featherweight milik 'Pitbull' Patricio Freire melalui kemenangan pada pusingan pertama.
McKee menumpaskan lawannya dari Brazil itu menerusi kuncian 'guillotine choke' pada minit 1:57.
Dengan keputusan tersebut, McKee turut meraih gelaran Kejuaraan Fatherweight Grand Prix Dunia Bellator, selain melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada 18-0.
Haider Yutim
Sun Aug 01 2021

Usman Nurmagomedov berjaya mengekalkan rekod tanpa kalahnya menerusi kemenangan ke-13 berturut-turut dalam acara Bellator 263, sebentar tadi. - Foto YouTube/Bellator MMA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

PFL: Usman Nurmagomedov kekal juara lightweight Bellator
Usman Nurmagomedov berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight dunia Bellator selepas menewaskan Paul Hughes dari Ireland dalam Siri Juara-juara PFL 'Road to Dubai'.

Sepupu Khabib, Usman Nurmagomedov juara dunia lightweight Bellator MMA
Usman Nurmagomedov meraih gelaran juara lightweight dunia selepas menewaskan Patricky 'Pitbull' Freire menerusi keputusan sebulat suara.

Bellator 263: Sepupu Khabib, Usman Nurmagomedov lebarkan rekod tanpa kalah 13-0
Usman Nurmagomedov berjaya mengekalkan rekod tanpa kalahnya menerusi kemenangan ke-13 berturut-turut dalam acara Bellator 263, sebentar tadi.