PAUL POGBA mengakui masih belum ada keputusan mengenai masa depannya walaupun kontrak pemain tengah itu bersama Manchester United akan tamat pada penghujung musim ini.
Pemain kebangsaan Perancis itu mengalami naik-turun prestasi di Old Trafford sejak kembali menyertai pasukan itu daripada Juventus pada 2016.
Bercakap kepada Telefoot, Pogba menjelaskan mengenai keadaan terkininya di United dan betapa dia berasakan bahawa aksi bersama pasukan kebangsaan memberikannya peluang untuk berehat daripada situasi di United.
"Anda perlu bercakap benar: terdapat waktu sukar, terutama ketika saya berada di Manchester.
"Apabila saya tidak bermain atau apabila keputusannya tidak bagus, berada di sini (bersama skuad kebangsaan Perancis) memberikan anda lonjakan," katanya.
Pogba dikaitkan untuk menyertai beberapa kelab besar seperti Paris Saint-Germain (PSG), Real Madrid dan bekas kelabnya, Juventus, tetapi dia juga tidak menolak kemungkinan untuk melanjutkan kontrak di Old Trafford.
"Belum ada apa-apa keputusan mengenai masa depan saya, masih belum ada apa-apa.
"Saya boleh menentukannya esok dan saya boleh menentukannya dalam jendela perpindahan. Saya mahu kembali dan menamatkan musim ini dengan baik," katanya lagi.
Astro Arena
Mon Mar 28 2022
Pogba mengalami naik-turun prestasi di Old Trafford sejak kembali menyertai pasukan itu daripada Juventus pada 2016. - Gambar fail/AP
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
Juventus-Pogba capai kata sepakat batal kontrak
Dia pada asalnya digantung selama empat tahun, namun hukumannya disingkatkan kepada 18 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada Oktober.
"Saya bukan penipu" - Pogba mahu kembali ke lapangan
Pogba menegaskan dia bukan penipu tetapi mengakui perlu bertanggungjawab atas kegagalannya dalam ujian doping yang mengakibatkan dia digantung.
Pogba kembali cedera, penampilan bersama Juventus tertunda lagi
Dia mengalami kecederaan lutut dalam aksi pramusim sebelum menjalani pembedahan, menyaksikan dia terlepas aksi sehingga ke hari ini.
Pogba sangkal Cristiano Ronaldo bermasalah di bilik persalinan
Pogba mengingatkan ketika masalah di kem United memuncak, Ronaldo sering menjadi penyelamat maruah mereka dengan menghasilkan jaringan penting.
Skandal peras ugut: Paul Pogba diberi perlindungan polis Turin
Paul Pogba kini berada di bawah perlindungan polis di Turin.
Pogba menderita masalah lutut, jejas peluang ke Piala Dunia Qatar
Paul Pogba sudah pasti berharap perpindahannya ke Juventus akan menjadi satu nafas baru buatnya.
Paul Pogba kembali ke Juventus selepas meninggalkan Man Utd dengan perpindahan percuma
Pemain tengah Perancis Paul Pogba kembali ke Juventus selepas meninggalkan Manchester United dengan perpindahan itu dilakukan secara percuma.
Paul Pogba tinggalkan Manchester United secara ejen bebas
Pogba dijangka sekali lagi meninggalkan United apabila kontraknya tamat dan ia kini disahkan kelab berkenaan.
Belum ada keputusan mengenai masa depan Pogba
Pogba mengalami naik-turun prestasi di Old Trafford sejak kembali menyertai pasukan itu daripada Juventus.
Pogba keliru posisi sebenarnya di Manchester United
Kontraknya akan tamat hujung kempen ini dan dia dijangka berhijrah apabila Juve dan Barcelona antara kelab yang dilaporkan berminat.