"Beri saya peluang kedua...ringankanlah tempoh penggantungan saya," kata juara Mr Universe 10 kali, Sazali Samad.
Setelah rayuan pertama mengurangkan hukuman gantung empat tahunnya ditolak Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM), Sazali Samad masih tidak berputus asa dengan menghantar rayuan kedua.
Sazali, 49, masih menaruh harapan tinggi supaya diberi peluang kedua oleh PBBM agar tempoh penggantungannya diringankan sekurang-kurangnya dua tahun daripada empat tahun.
Beliau berharap PBBM dapat mengambil contoh Persatuan Angkat Berat Malaysia yang meringankan hukuman ke atas atlet mereka.
"Tujuan saya ke sini (pejabat PBBM) adalah untuk menghantar rayuan kedua supaya hukuman dikurangkan kepada satu setengah tahun ataupun dua tahun. Saya sangat berharap.
"Saya buat rayuan kedua ini kerana saya lihat persatuan sukan lain dapat meringankan hukuman atlet mereka kepada dua tahun walaupun atlet itu didapati positif doping di luar pertandingan.
"Mengapa peluang itu saya tidak boleh dapat?," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan rayuan kedua kepada PBBM di Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi di sini.
Sazali berharap PBBM dapat meneliti setiap hujah bertulisnya dalam rayuan kedua itu dan memberikan keputusan yang lebih baik padanya.
Peguam Sazali, Mohd Norasmawi Norani berkata rayuan kedua itu turut mendapat sokongan penuh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, penaung Akademi Sazali Samad, Tengku Datuk Hishammuddin Zaizi dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
"Bagi rayuan kedua ini, kami membuat perbandingan sukan angkat berat, atlet mereka positif doping di luar pertandingan dijatuhkan hukuman dua tahun tanpa rayuan, manakala empat tahun ketika pertandingan.
"Agensi Anti Doping Dunia (WADA) merangkumi semua sukan, tiada hukuman khusus kepada mana-mana jenis sukan. Persatuan juga berbeza pendekatan mereka, jika PBBM mengemukakan rayuan ini kepada WADA, saya rasa ada peluang untuk mendapat pengurangan hukuman," kata Mohd Norasmawi.
Sazali digantung empat tahun selepas gagal dalam ujian doping yang dijalankan Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) pada 1 Sept tahun lepas. -- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2016

SAZALI: Beri saya peluang kedua...ringankanlah tempoh penggantungan saya. -Gambar fail

Pengangkutan awam Jerman tergendala susulan kebuntuan rundingan gaji
Mogok yang bermula pada 3 pagi (0200 GMT) itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa negeri.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Beri saya peluang kedua - Sazali
"Beri saya peluang kedua...ringankanlah tempoh penggantungan saya," kata juara Mr Universe 10 kali, Sazali Samad.