KUALA LUMPUR: Walaupun tidak berada dalam keadaan terbaiknya, atlet wusyu Melaka Tan Zhi Yan masih mampu menggenggam pingat emas selepas mengungguli acara taijijian lelaki di Gimnasium 2 Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.
Pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi itu nyata dalam kelas tersendiri dengan mempamerkan gerakan tangkas berjaya mengutip mata tetinggi 9.646 menewaskan atlet Wilayah Persekutuan Kerk Qing yang mengutip 9.576 mata untuk perak manakala wakil Sarawak Edison Wong Sing Yen meraih gangsa dengan 9.513 mata.
Atlet berusia 22 tahun yang meraih emas acara taijiquan lelaki semalam, ingin mendedikasikan kemenangan itu kepada jurulatihnya Loh Choon How yang sudah menabur bakti kepadanya sejak dua tahun lepas.
"Sebenarnya pada 2020, saya pernah menjalani pembedahan tulang belakang dengan enam nat besi, tiga di kanan tiga di bahagian kiri dimasukkan bagi menyokong belakang badan. Masih sakit sikit tetapi saya tahu teknik mengawal kesakitan dalam badan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MSN, Institut Sukan Negara (ISN), Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) Datuk Chong Kim Fatt, barisan kejurulatihan dan rakan seperjuangan atas segala kebaikan dilakukan mereka untuk kerjaya saya," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Sementara itu, atlet Pulau Pinang Chuah Shang yang muncul juara acara nandao lelaki berkata, kejayaan hari ini amat bermakna buatnya apabila sekadar meraih pingat perak pada edisi 2018 di Perak.
Mengulas mengenai kemenangan berkenaan, atlet yang sudah berada dalam kontinjen kebangsaan selama tujuh tahun itu mengakui teruja akhirnya mampu menambah koleksi pingat pada penampilan terakhirnya di Sukan Malaysia (Sukma) MSN ke-20.
"Sebelum pertandingan ini berlangsung, jurulatih ada beritahu untuk tarik nafas dan jangan gemuruh jadi saya sangat berterima kasih kepadanya. Selepas ini memang tiada kejohanan besar habis sudah bagi tahun ini.
"Jika ditanya apa yang saya mahu lakukan selepas ini, sudah semestinya saya mahu berehat bersama keluarga dan mendapatkan masa berkualiti bersama mereka sebab sebagai atlet negara kami jarang mempunyai peluang sedemikian," katanya.
Beliau muncul juara selepas mencatatkan 9.643 mata mengetepikan atlet Sarawak Danny Ling Hang Kee yang meraih perak dengan 9.616 mata dan wakil Johor Chan Shi Weng mengutip 9.593 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022

Tan Zhi Yan ingin mendedikasikan kemenangan itu kepada jurulatih Loh Choon How yang sudah menabur bakti kepadanya sejak dua tahun lepas. - Bernama

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.