BIRMINGHAM: Tze Yong adalah Tze Yong dan beliau boleh berjaya dengan caranya sendiri.
Susulan kejayaan cemerlang perseorangan negara Ng Tze Yong merangkul perak dalam kemunculan sulungnya di Sukan Komanwel 2022 Birmingham, sesetengah pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' pemain profesional yang juga jaguh perseorangan Lee Zii Jia.
Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann bagaimanapun menekankan bahawa pihaknya tidak melatih pemain nombor 42 dunia itu untuk mengatasi Zii Jia.
Sebaliknya, Choong Hann berkata anak buahnya itu mempunyai bakat dan kebolehan untuk menyumbang kejayaan kepada negara dengan caranya tersendiri.
Meskipun tewas 21-19, 9-21, 16-21 kepada pemain India Lakshya Sen dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki, Tze Yong layak diberi pujian ekoran prestasi hebatnya sepanjang temasya itu, termasuklah mencipta dua kejutan ke atas dua pemain terutama dunia untuk mara ke final.
Tze Yong mengejutkan juara dunia Loh Kean Yew dari Singapura, 15-21, 21-14, 21-11, dalam pusingan suku akhir Sabtu lepas dan perseorangan ke-13 dunia Srikanth Kidambi dari India, 13-21, 21-19, 21-10, dalam separuh akhir pada Ahad.
Pemain berusia 22 tahun itu juga memainkan peranan penting dalam membantu kem badminton negara merampas emas daripada India dengan kemenangan 3-2 Selasa lepas.
Tze Yong mengalahkan Kidambi 21-19, 8-21, 21-16 dalam perlawanan ketiga pusingan akhir berpasukan campuran, sekali gus membuka laluan untuk Malaysia meraih emas.
Bagaimanapun, Choong Hann berkata masih banyak yang perlu dilakukan pihaknya untuk membantu Tze Yong memperoleh lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
"Kami akan terus melatihnya menerusi program sedia ada dan biarkan faktor masa menjadi penentu. Kami tidak akan mengubah sasaran kami atas sebab tekanan yang tidak perlu," katanya kepada Bernama.
Mengenai prestasi Tze Yong sepanjang temasya itu, Choong Hann gembira melihat kemajuan atlet dari Johor itu yang telah menunjukkan permainan yang baik dan mengatasi pemain dengan ranking lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022

Tze Yong mengejutkan juara dunia Loh Kean Yew dari Singapura dalam pusingan suku akhir Sabtu lepas dan perseorangan ke-13 dunia Srikanth Kidambi dari India dalam separuh akhir pada Ahad. - Gambar fail

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Tze Yong perlu atasi trauma kecederaan - Rexy
Perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong perlu berani mengatasi trauma kecederaan bagi memulakan semula karier badminton dengan semangat baharu.

Badminton: Tze Yong sudah kembali berlatih - Rexy
Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong sudah mula menjalani latihan ringan bersama kem skuad kebangsaan sejak dua minggu lepas.

Skuad badminton perlu mulakan misi emas LA28 sekarang - Rexy
Skuad badminton negara yang hadir ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan impian untuk meraih emas sulung negara bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan dua pingat gangsa.

Rashid simpati nasib Tze Yong
Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek berasa simpati dengan nasib dialami perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang terpaksa melupakan hasrat membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik.

Tarik diri saingan BAC, Tze Yong bakal terlepas Paris 2024
Ng Tze Yong bakal terlepas penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Paris selepas dia menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia (BAC).

Tze Yong masih berpeluang realisasi misi Olimpik Paris andai juarai BAC 2024
Ng Tze Yong masih berpeluang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2024 aris sekiranya berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024.

Tze Yong harus berhati-hati, sakit belakang cenderung untuk kembali
Dr SS Cheema berkata, sakit belakang tidak dapat diramalkan.

Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah
Rexy berkata, ikhtiar itu diharap dapat membantu Tze Yong beraksi pada dua kejohanan di Eropah pada 12-17 Mac.

Hannah harap Tze Yong sempat sembuh sebelum kelayakan ke Paris 2024 berakhir
Hannah menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris, berakhir April ini.

SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.