SUSULAN provokasi daripada Bobby Lashley terhadap Big E di acara WWE Extreme Rules pada Isnin lalu, Big E dengan senang hati menyahut cabaran tersebut di mana kedua mereka memulakan tirai acara Raw semalam dengan Kejuaraan WWE menjadi taruhan.
Sebagai dua bintang powerhouse, kedua mereka saling berbalas serangan menjadikan perlawanan berlangsung dengan amat sengit.
Malah beberapa gerakan penyudah turut dilaksanakan namun belum cukup ampuh untuk menundukkan mana-mana pihak.
Kemunculan bekas rakan sekutu Lashley iaitu Cedric Alexander dan Shelton Benjamin secara tiba-tiba di tepi gelanggang sedikit sebanyak menganggu fokus Big E.
Ia kemudian menatijahkan satu rempuhan bahu oleh Lashley dan pengadil nyaris-nyaris menyelesaikan tiga kiraan pin untuk menobatkan Lashley sebagai juara baharu.
Mujur Kofi Kingston dan Xavier Woods muncul lalu membelasah kedua bekas anggota Hurt Business itu dan perlawanan terpaksa dihentikan akibat kekecohan yang timbul melibatkan keenam-enam bintang WWE itu.
Adam Pearce selaku pegawai pengelola keluar bagi mententeramkan keadaan dan mengumumkan bahawa perlawanan di antara Lashley dan Big E akan disambung semula di acara kemuncak dan segala kebuntuan akan diselesaikan di dalam sangkar besi.
Biarpun perlawanan berlangsung dalam sangkar besi, namun ia tetap tidak menghalang Shelton dan Cedric daripada masuk campur tangan dengan menghalang percubaan Big E yang sedang berusaha memanjat keluar.
Namun Xavier Woods memberikan karma kepada Lashley apabila menghempas pintu sangkar ke atas kepala licin Lashley selajur merencatkan perancangan bekas Juara Beregu Raw itu untuk mengganggu perlawanan.
Gerakan penyudah Big Ending dilancarkan dari tali kedua gelanggang menyebabkan Lashley tidak lagi berdaya, membuatkan pengadil meneruskan kiraan dan mengisytiharkan Big E kekal sebagai Juara WWE.
Kemenangan yang ingin diraikan terhenti seketika apabila Drew McIntyre muncul seterusnya memberi isyarat yang cabaran seterusnya bakal hadir daripada dirinya yang juga sekian lama telah mengidamkan untuk kembali bergelar Juara WWE.
Dalam perkembangan lain, bintang legenda Bill Goldberg turut muncul melalui sidang video semalam dengan memberikan amaran kepada Bobby Lashley.
Dendam Goldberg terhadap Lashley yang tergamak menyerang anaknya di acara Summerslam Ogos lalu masih berbekas di hati dan Lashley perlu membayar harganya.
Ia sekaligus memberikan bayangan yang Goldberg dan Lashley bakal berentap sekali lagi dan berkemungkinan ia akan berlaku di acara WWE Crown Jewel yang bakal berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada 22 Oktober depan.
Astro Arena
Wed Sep 29 2021

Gerakan penyudah Big Ending dilancarkan dari tali kedua gelanggang menyebabkan Lashley tidak lagi berdaya, membuatkan pengadil meneruskan kiraan dan mengisytiharkan Big E kekal sebagai Juara WWE. - Foto Astro ARENA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Big E pertahan Kejuaraan WWE
Kemunculan Cedric Alexander dan Shelton Benjamin secara tiba-tiba di tepi gelanggang sedikit sebanyak menganggu fokus Big E.