KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih kriket lelaki negara, Bilal Asad menghormati keputusan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) untuk tidak melanjutkan kontraknya walaupun ia mungkin sukar diterima oleh Bilal atau mana-mana jurulatih lain dalam kedudukannya.
Bilal, 45, mengakui, bahawa beliau terkejut dengan tindakan MCA kerana dimaklumkan oleh persatuan itu bahawa mereka tidak berhasrat untuk melanjutkan perkhidmatannya pada hari terakhir kontraknya pada Khamis lepas.
Bagaimanapun, bekas pemain antarabangsa Pakistan itu telah menyeru badan induk sukan itu untuk menyelesaikan isu itu secara baik dengan pemain selepas mereka dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan sedemikian yang menyebabkan kepada boikot perlawanan pemilihan kebangsaan, juga pada hari Khamis.
Memandangkan tiga bulan akan datang adalah sangat penting untuk masa depan Malaysia dalam format 50-overs (Kelayakan Liga Cabaran Majlis Kriket Antarabangsa (ICC)), saya meminta pemain dan persatuan untuk menyelesaikan cabaran yang sedang berlaku secara baik.
"Persatuan Kriket Malaysia bekerja keras untuk berada di kedudukan ini. Kadang-kadang, dalam hidup, kita perlu terima keadaan dan teruskan jika tidak semua usaha (pemain negara, petugas sokongan dan pengurusan MCA) akan menjadi sia-sia," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Kelayakan Liga Cabaran ICC akan diadakan di Malaysia, Februari depan.
Dengan nisbah kemenangan keseluruhan 84 peratus dalam perlawanan T20 dan 50-overs di tempat sendiri dan 60 peratus daripada perlawanan 50-overs sejak akhir 2022, Bilal yakin bahawa bekas anak buahnya mempunyai peluang cerah untuk memenangi acara tersebut dan layak ke Liga Cabaran ICC 2024 yang akan datang.
"Kriket Malaysia, kekal sebagai satu pasukan dan bangkit. Anda akan mencapai kemuncak kejayaan sebagaimana anda berhak," katanya.
Dalam pada itu, Bilal berkata, beliau beliau bangga dapat melatih sebahagian besar pemain kebangsaan sejak usia muda dalam lapan tahun terakhir.
Menyedari bahawa perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, beliau mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang menakjubkan ini dan menghargai setiap detik yang dihabiskan bersama semua pemain, rakan sekerja dan pengurusan MCA.
Semasa memegang jawatan, Bilal membawa pasukan dan pemain memecahkan beberapa rekod termasuk memenangi 13 perlawanan Antarabangsa T20 berturut-turut tahun lepas serta menyaksikan naib kapten pasukan kebangsaan, Virandeep Singh menjadi pemain Bersekutu ICC terpantas untuk mencapai 2000 larian Antarabangsa T20. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 02 2023

Bilal Asad menghormati keputusan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) untuk tidak melanjutkan kontraknya walaupun ia mungkin sukar diterima oleh Bilal atau mana-mana jurulatih lain dalam kedudukannya.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

Keluarga hidup dalam ketakutan diganggu along
Sebuah keluarga hidup dalam ketakutan selepas diugut oleh pemberi pinjaman wang haram atau along walaupun telah membayar kesemua wang yang dipinjam daripada pihak terbabit.

KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.

MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.

Dakwaan MCA dapat tekanan keluar BN dicipta kalangan tertentu - Zambry
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon telah memaklumkan perkara itu tidak berlaku.

Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung
MCA menafikan dakwaan bahawa terdapat tekanan kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama.

Ramanan terharu layanan pengundi Cina Sungai Bakap
Ramanan menzahirkan rasa terharu dengan layanan baik masyarakat Cina, ketika menyantuni mereka bersama jentera MCA pada kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap semalam.

PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.