KUALA LUMPUR: Perubahan drastik bagi menggantikan rumput jenis 'cowgrass' di gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya itu perlu, memandangkan mutu permukaan padang akan memberi pengaruh terhadap usaha meningkatkan gaya permainan pasukan negara supaya seiring perkembangan bola sepak moden.
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah baginda sudah bersuara mengenai rumput padang untuk latihan pasukan bola sepak negara sejak lima tahun lepas, dan kini baginda berharap pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia turut mengambil inisiatif untuk 'menukar' rumput padang mereka.
"Kalau boleh saya nak semua pasukan evolve kerana benda (padang) itu akan memainkan peranan dari segi permainan bola sepak kita jadi lebih efektif dalam era bola sepak moden dari aspek strategi dan taktikal. Kerana itu kita mulakan di sini (Stadium Nasional) dulu," titah baginda sebagai mengulas langkah baginda menaja kos penanaman rumput baharu jenis Zeon Zoysia di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, semalam.
Tunku Ismail bertitah demikian pada sidang media selepas berangkat meninjau permukaan padang Stadium Nasional yang menyaksikan baginda turut berkenan menyampaikan replika cek dengan nilainya tertulis 'kos penukaran permukaan padang', sebagai simbolik kepada sumbangan yang akan diberikan.
Tunku Ismail bertitah bahawa baginda ingin melihat bukan sahaja JDT dan skuad kebangsaan dapat bermain mengikut gaya bola sepak moden, malah kesemua pasukan dalam negara turut dapat mempraktikkan corak permainan sedemikian.
Ini kerana menurut baginda, ada pemain negara yang pada pemerhatiannya dilihat amat kekok apabila beraksi di luar negara kerana sudah terbiasa dengan permukaan padang jenis 'cowgrass' yang digunakan kebanyakkan pasukan dalam negara.
"Kalau kita boleh seragamkan semua padang sama, setiap pasukan boleh main bola sepak moden, dan apabila kita panggil pemain untuk mewakili negara, pemain-pemain ini tidak kekok untuk ikut rutin latihan dan macam mana jurulatih perlukan mereka beraksi," titahnya.
Tunku Ismail bertitah bahawa baginda mungkin akan menambah jumlah tajaan yang dikeluarkan untuk membantu bagi mendapatkan mesin diperlukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan padang, antaranya mesin 'vertidrain'.
Kerja-kerja penanaman rumput baharu di Stadium Nasional dengan kos menelan belanja antara RM1.2 hingga RM1.4 juta yang ditaja Tunku Ismail itu hanya akan bermula pada Januari 2023.
Kelewatan kerja-kerja yang dijangka mengambil masa kira-kira empat bulan itu disebabkan komitmen yang telah dipersetujui pihak stadium untuk menganjurkan beberapa acara di venue berkenaan sepanjang tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022
Kerja-kerja penanaman rumput baharu di Stadium Nasional dengan kos menelan belanja antara RM1.2 hingga RM1.4 juta yang ditaja Tunku Ismail itu hanya akan bermula pada Januari 2023. - Foto BERNAMA
Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Menara kawalan trafik udara dilapor kekurangan kakitangan semasa nahas pesawat
Kekurangan kakitangan di menara kawalan trafik udara di Ronald Reagan Washington National Airport "tidak normal" semasa pelanggaran maut itu.
Laporan terkini situasi banjir di Pontianak bersama DWI NARDI / Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Selain wilayah perbatasan Indonesia-Malaysia di Kabupaten Sanggau, banjir besar yang berlaku di Kalimantan Barat juga menjejaskan beberapa kawasan sempadan lain termasuk di Jagoi Babang, Kabupaten Bengkayang.
Empat lokasi lebuhraya Pan Borneo dinaiki air
Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. kesemua laluan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak tidak terputus walaupun empat lokasi dinaiki air.
Kemalangan: polis siasat pelampung gelongsor kena pengunjung di taman tema
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tular melibatkan pelampung gelongsor yang tiba-tiba terjatuh dan menimpa seorang pengunjung di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam, pada Rabu.
Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
PTPTN mengukuhkan agenda mengurangkan kebergergantungan masyarakat kepada pinjaman sekali gus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.
Honda, Nissan umum pelan terperinci penggabungan pertengahan Februari
Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan, kini cenderung untuk bergerak sendiri dan tidak menyertai penggabungan.
AWANI Ringkas: PM ajak rakyat tumpu kemajuan, kepentingan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilihan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif baharu FAM hampir selesai - Tunku Ismail
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pemilihan calon Ketua Pegawai Eksekutif baharu bagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hampir selesai.
Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara
Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan bersama Infantino bagi membincangkan mengenai penstrukturan tersebut.
Jurulatih baharu Harimau Malaya diumum hari ini - TMJ
TMJ berkata, jurulatih baharu bagi skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda (skuad bawah 23 tahun) kebangsaan akan diumumkan pada Isnin.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya' - Tunku Ismail
Tunku Ismail memberikan bayangan kemungkinan satu kerjasama akan terbentuk bersama FAM dalam tempoh terdekat.
Pelarasan semula cuti hujung minggu Johor bakal impak 2.5 juta individu - MB
Penyelarasan cuti hujung minggu Johor kepada hari Sabtu dan Ahad akan menitikberatkan semua aspek, termasuk agama.
'Kami tak buat janji kosong' - TMJ
Pasukan JDT tidak mencipta drama atau konspirasi sebaliknya membuktikan keupayaan mereka dengan memenangi setiap perlawanan.
JDT menang Piala FA: “No comment” - Tunku Ismail
Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor turut berkongsi hantaran bertulis "Why comment? Just win baby..."
Piala FA: Tunku Ismail turun uji gelanggang final
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencemar duli apabila turun menguji padang Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.