KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih baharu skuad bola sepak negara Kim Pan Gon mahu meneruskan ujikajinya dengan anak-anak buahnya pada pertemuan dengan Singapura dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier-1 , saringan Siri Tiga-Negara FAS di republik itu malam esok.
Biarpun pertemuan dengan Skuad Singa itu adalah penting, Pan Gon berkata beliau dan staf kejurulatihan mempunyai cabaran lebih penting untuk membentuk skuad yang mantap bagi mengharungi Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur, Jun depan.
Justeru, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu mahu menggunakan perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional untuk menilai keupayaan pemain selain daripada kemajuan pendekatan taktikal permainan pasukan yang diterapkan sejak ketibaan beliau bulan lepas.
"Perlawanan itu boleh menjadi 'derby' tetapi ia penting, amat penting kerana selaku seorang jurulatih setiap perlawanan penting tanpa keputusan yang baik kita tidak boleh bercakap mengenainya tetapi saya fikir yang lebih penting ialah membina pasukan ini, kami meletakkan sasaran untuk Kelayakan Piala Asia dan seterusnya mara ke piala AFF.
Kami perlu membina satu asas yang amat kukuh, saya perlu lebih mengetahui mengenai sifat dan keupayaan pemain dalam keadaan tertentu. Saya tidak terlalu fokus untuk memenangi perlawanan esok tetapi untuk memaksimumkannya sebagai perlawanan terakhir untuk melihat bagaimana reaksi pemain terhadap taktik kami dalam perlawanan," katanya dalam sidang media pra perlawanan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata penting bagi skuad negara memenangi perlawanan esok dengan menamatkan siri perlawanan persahabatan itu dengan cemerlang selepas menguasai dan memenangi perlawanan menentang Filipina 2-0 di venue yang sama Rabu lepas.
Pan Gon mengesahkan ada pemain mengalami kecederaan ringan dan tiada yang serius setakat ini.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Singapura Nazri Nasir menjangkakan skuad bimbingannya akan menghadapi tentangan sengit daripada Malaysia.
"Setiap kali bertemu Malaysia akan ada persaingan dan juga sesuatu yang istimewa. Kami melihat bagaimana Malaysia beraksi (menentang Filipina) mereka sangat teruja di bawah jurulatih baharu, mereka beraksi dengan baik dan saya jangkakan ia bakal menjadi perlawanan yang sukar. Sudah tentu kami mempunyai strategi esok dan pasukan terbaik akan menang," katanya.
Skuad bimbingan Pan Gon akan menamatkan siri perlawanan persahabatan di Singapura, yang merupakan sebahagian daripada persiapan mereka untuk Kelayakan Piala Asia 2023 dengan bertemu sebuah kelab tempatan Albirex Niigata FC pada 28 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
![Bola sepak persahabatan: Pan Gon teruskan ujikaji dalam pertemuan dengan Singapura Bola sepak persahabatan: Pan Gon teruskan ujikaji dalam pertemuan dengan Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648047630_Skuadnegara.jpg)
Adalah penting bagi skuad negara memenangi perlawanan esok dengan menamatkan siri perlawanan persahabatan itu dengan cemerlang selepas menguasai dan memenangi perlawanan menentang Filipina 2-0. - Foto Astro Arena
![Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739316467_Houthifighters.jpg)
Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."
![Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314407_protest.jpg)
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia 24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314325_flood.jpg)
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
![Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737941629_YoonSukYeolSouth.jpg)
Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.
![Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739308976_SheikhMujiburRahma.jpg)
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
![Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.
![Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739309087_KingAbdullahII.jpg)
Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.
![Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308707_DonaldTrump.jpg)
Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
![Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738124662_Peru.jpg)
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
![Pau Marti tak panik Harimau Malaya hilang tonggak Pau Marti tak panik Harimau Malaya hilang tonggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731248819_TBSKUADHARIMAUMALAYA.jpg)
Pau Marti tak panik Harimau Malaya hilang tonggak
Pau Marti Vicente berkata skuad kebangsaan memiliki ramai pemain berkebolehan yang mampu memikul tanggungjawab.
![Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1 Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731598478_FootballAssociation.jpg)
Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.
![Piala AFF 2024: Aguero tekad raih tempat dalam skuad Harimau Malaya Piala AFF 2024: Aguero tekad raih tempat dalam skuad Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731459171_tbSergioAguero.jpg)
Piala AFF 2024: Aguero tekad raih tempat dalam skuad Harimau Malaya
Selepas tewas dalam dua perlawanan persahabatan bulan lepas, Aguero bersemangat untuk membantu Malaysia bangkit dengan matlamat memperbaiki ranking pasukan.
![Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731363217_StuartWilkin.jpg)
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
![Vicente optimis peluang Harimau Malaya menentang New Zealand Vicente optimis peluang Harimau Malaya menentang New Zealand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724995467_PauMartiVicente.jpg)
Vicente optimis peluang Harimau Malaya menentang New Zealand
Pau Marti Vicente yakin pasukannya mampu mencipta sejarah dengan meraih kemenangan pertama ke pasukan All Whites di halaman lawan.
![Vicente puji persembahan Harimau Malaya ketika seri menentang Auckland FC Vicente puji persembahan Harimau Malaya ketika seri menentang Auckland FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728638968_tbFootballAssociati.jpg)
Vicente puji persembahan Harimau Malaya ketika seri menentang Auckland FC
Vicente memuji anak buahnya kerana mempamerkan persembahan yang baik ketika mencatatkan keputusan seri menentang Auckland FC.
![Tiga muka baru perkuat Harimau Malaya berdepan New Zealand Tiga muka baru perkuat Harimau Malaya berdepan New Zealand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51727930784_kemlatihan.jpg)
Tiga muka baru perkuat Harimau Malaya berdepan New Zealand
27 pemain menerima panggilan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan antarabangsa menentang New Zealand.
![Harimau Malaya bakal bertemu India pada November Harimau Malaya bakal bertemu India pada November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725464459_HarimauMalaya.jpg)
Harimau Malaya bakal bertemu India pada November
Pasukan bola sepak Malaysia akan bertandang ke India untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang pasukan negara itu pada 19 November ini.
![MB Selangor, Kedah bakal 'berentap' petang ini MB Selangor, Kedah bakal 'berentap' petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725346938_TBMB.jpg)
MB Selangor, Kedah bakal 'berentap' petang ini
Difahamkan, ia merupakan pertembungan yang julung kali diadakan buat kedua-dua figura hebat itu dalam usaha merapatkan ukhuwah.