KUALA LUMPUR: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, menjangkakan bakal berdepan cabaran sengit daripada dua atlet dalam usaha membawa pulang pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Atlet berusia 23 tahun, yang menjuarai Kejohanan Powerlifting Para Terbuka Asia Oceania 2022 di Pyeongtek, Korea Selatan baru-baru ini, menamakan atlet India, Haryana Sudhir dan Rolland Ezuruike dari Nigeria sebagai pencabar utamanya pada temasya itu bermula 28 Julai hingga 8 Ogos depan.
Justeru, beliau berharap dapat memperbaiki teknik angkatan menjelang temasya berkenaan bagi merealisasikan sasaran satu emas menerusi sukan powerlifting.
"Banyak benda perlu diperbaiki dalam masa sebulan sebelum ke Sukan Komanwel...dari segi angkatan dan teknik dalam usaha memperbaharui catatan perbadi terbaik saya," katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Komanwel 2022, Datuk Shahrul Zaman Yahya di sini, pada Rabu.
Untuk rekod, Bonnie Bunyau memenangi pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada tahun lepas dan memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230 kilogram (kg) di Kejohanan Piala Dunia Fazza di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun tahun lepas.
Selain Bonnie, seorang lagi atlet powerlifting, Jong Yee Khie turut disenaraikan ke Sukan Komanwel kali ini.
Sementara itu, Shahrul Zaman yakin Bonnie Bunyau mampu menepati sasaran membawa pulang emas berdasarkan persiapan rapi yang dilakukan dan rekod cemerlangnya.
"Dengan ranking Bonnie dan pencapaian beliau di Paralimpik, kita harapkan yang terbaik, dan beliau juga pemegang rekod dunia. Kita juga menaruh harapan pada Yee Khie," katanya.
Dalam pada itu, Shahrul Zaman, yang juga Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), berkata tiada sasaran diletakkan ke atas pasukan ragbi lelaki negara, namun berharap skuad Bunga Raya kendalian Mohd Saizul Hafifi Md Noor dapat menimba pengalaman di Birmingham.
"Peluang agak payah sebab mereka berada dalam satu kumpulan dengan negara-negara kuat seperti juara dunia Afrika Selatan, Scotland dan Tonga.
Ini penyertaan kali keenam skuad ragbi negara dalam temasya Sukan Komanwel sejak penampilan sulung ketika menjadi tuan rumah pada 1998.
Malaysia gagal layak beraksi pada edisi 2006 di Melbourne, Australia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022

Bonnie memenangi pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada tahun lepas dan memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg di Kejohanan Piala Dunia Fazza di Dubai, UAE pada Jun tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Para SUKMA 2024: Jadikan kejayaan Bonnie sebagai pembakar semangat
Kejayaan Bonnie memenangi pingat emas baru-baru ini membuktikan orang kurang upaya (OKU) juga mampu menempa nama di persada antarabangsa.

Paralimpik Paris 2024: Yee Khie terlepas penamat podium
Jaguh powerlifting negara Jong Yee Khie terlepas peluang mengekalkan penamat podium acara 107kg lelaki Sukan Paralimpik Paris 2024 hari ini.

Bonnie jangka atlet India, Nigeria pencabar utama di Birmingham
Bonnie menamakan atlet India, Haryana Sudhir dan Rolland Ezuruike dari Nigeria sebagai pencabar utamanya.