SEPANG: Dua badang negara yang telah banyak berkorban dan beraksi cemerlang di Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie, kini hanya mahu meluangkan masa bersama keluarga masing-masing sebaik tamat tempoh kuarantin 14 hari.
Bonnie, pemenang pingat emas kategori lelaki 72kg acara powerlifting dengan angkatan 228kg, yang juga merupakan rekod baharu Paralimpik, berkata sudah lebih setahun beliau tidak pulang ke kampungnya di Serian, Sarawak.
Ini kerana beliau perlu menjalani latihan secara kuarantin mengikut gelembung sukan di ibu negara bagi mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19.
Ditanya mengenai perancangan untuk hadiah kemenangan bernilai RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), Bonnie berkata beliau belum memikirkannya.
"Hadiah tersebut tak tahu lagi nak buat apa, kena tanya ayah saya," jawabnya dengan ringkas selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.
Bonnie merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaannya selain jurulatih kebangsaan Jamil Adam yang membimbingnya sehingga bergelar juara Paralimpik.
"Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang doakan kejayaan saya, keluarga dan semua pihak yang membantu saya. Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64. Demi Malaysia," katanya.
Sementara itu, Yee Khie yang meraih perak kategori 107kg menerusi angkatan seberat 237kg, turut berterima kasih kepada Jamil yang merencana strategi dan membantunya meningkatkan jisim otot untuk bertanding di kategori tersebut.
"Pada temasya Rio 2016, saya menamatkan saingan di tempat ketujuh kategori 97kg. Kemudian jurulatih suruh membina otot, nampak ada kemajuan dan boleh bersaing untuk pingat pada kali ini.
"Selepas ini saya nak balik kampung (Kuching, Sarawak), sebab lama tak balik. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, selamat Hari Kebangsaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 31 2021

Reaksi Bonnie Bunyau Gustin (depan, kiri) bersama Jong Yee Khie (depan, kanan) ketika tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur, 31 Ogos, 2021. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.

Para SUKMA 2024: Jadikan kejayaan Bonnie sebagai pembakar semangat
Kejayaan Bonnie memenangi pingat emas baru-baru ini membuktikan orang kurang upaya (OKU) juga mampu menempa nama di persada antarabangsa.

Paralimpik Paris 2024: Bonnie pecah rekod dunia, sumbang emas kedua negara
Jaguh angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Gustin, menggondol pingat emas kedua negara dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.

Paralimpik Paris 2024: Angkatan Bonnie harapan emas kedua Malaysia
Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin akan beraksi dalam kategori 72kg lelaki di Porte de La Chapelle Arena hari ini.

Bonnie raih emas Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai
Bonnie Bunyau Gustin mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2024 di Dubai.

Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.

Sukan Para Asia 2022: Bonnie mahu lunaskan misi emas di Hangzhou
Penampilan keduanya di temasya tersebut adalah peluang baginya memperbaiki pencapaian pada edisi Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.

Bonnie pecah rekod dunia lagi
Bonnie mengangkat bebanan 231kg pada percubaan ketiga, sekali gus memperbaharui rekod dilakarnya sebelum ini.

Sukan Komanwel: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Bonnie
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin yang merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Birmingham 2022: Malaysia perlu dua lagi emas untuk capai sasaran
Selepas tamat hari ketujuh temasya, Malaysia kini berada di kedudukan ke-10.