BEKAS pemain beregu lelaki nombor satu dunia, Tan Boon Heong berkongsi pengalaman pahit pernah menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM2.5 juta.
Boon Heong menyifatkan peristiwa tersebut sebagai sebahagian daripada kehidupan yang mengajar seseorang itu tentang 'sesuatu'.
Pengalaman berkenaan dikongsikan menerusi media sosial susulan pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing menjadi mangsa sindiket penipuan yang mengakibatkan dia hilang hampir semua wang simpanannya.
“Melihat rakan pemain badminton ditipu mengingatkan saya yang pernah ditipu.
“Setiap penipuan yang anda alami, ia mengajar anda sesuatu. Itulah kehidupan- anda tidak boleh mengelak, setiap orang perlu mengalaminya sekurang-kurangnya sekali," catat beliau menerusi Facebook miliknya.
Boon Heong yang juga bekas pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 bersama gandingannya Koo Kien Keat kemudian menerusi siaran langsung di Facebook mendedahkan ditipu sebanyak dua kali oleh individu yang dikenalinya.
Beliau berkongsi mengenai insiden malang itu sebagai peringatan kepada semua agar berwaspada semasa mahu melabur.
“Saya ditipu sebanyak dua kali, sekali berjumlah AS$500,000 (RM2.3 juta) dan sekali lagi RM160,000.
“Jika anda benar-benar mahu melabur, anda sepatutnya menjadi pegawai bank dan bukannya pemain," katanya.
Justeru Boo Heong berharap orang ramai agar memberi tumpuan kepada perkara yang boleh dikawal oleh diri sendiri bukan menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada pihak lain.
“Saya cadangkan fokus pada apa yang anda boleh kawal. Jika anda tidak boleh kawalnya, jangan terlibat," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 04 2024

Boon Heong menyifatkan peristiwa tersebut sebagai sebahagian daripada kehidupan yang mengajar seseorang itu tentang 'sesuatu'. - Gambar fail

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Pemain badminton negara kongsi gambar keadaan lutut terkehel
Pemain beregu wanita negara, Ng Qi Xuan, memberikan perkembangan terbaru kecederaan lutut yang dialami semalam menyaksikan perjalanan ke final Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 musnah.

Boon Heong dedah turut ditipu RM2.5 juta
Tan Boon Heong berkongsi pengalaman pahit pernah menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM2.5 juta.

Aaron-Wooi Yik nombor dua dunia, Zii Jia turun dua anak tangga
Aaron Chia-Soh Wooi Yik naik satu anak tangga dalam ranking terbaharu BWF selepas meraih 84,518 mata daripada 16 kejohanan yang disertai mereka.

Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Pearly-Thinaah
Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan cemerlang itu yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Tze Yong perlu lebih relaks jika mahu buat kejutan di Tokyo
Roslin menjangkakan Tze Yong bakal menempuh laluan berliku kerana pemain nombor 42 dunia itu masih baru dalam pertandingan elit.

Skuad badminton lelaki Malaysia raih kejayaan berganda
Saingan separuh akhir menyaksikan Malaysia bertemu pemenang perlawanan antara Jepun dan Taiwan, dalam satu lagi aksi suku akhir, malam tadi.

BAM akan bantu 'generasi sandwic' hadapi cabaran
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah ada perancangan membantu pemain muda negara yang dianggap sebagai 'generasi sandwic'.

Lee Chong Wei kagum pada Jin Wei
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu jaguh remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei lebih yakin dengan kemampuan diri untuk tampil lebih kompetitif.

Badminton: Jin Wei mara ke separuh akhir Grand Prix Emas Terbuka Thailand
Pemain berusia 16 tahun itu menewaskan rakan sepasukan, Ho Yen Mei 21-17 dan 21-13 pada suku akhir.

Chong Wei dialu-alukan berguru dengan Misbun
Misbun menjadi tumpuan selepas tersebar gambarnya mengendalikan beberapa pemain Denmark berlatih di Nusa Mahsuri, beberapa bulan lalu.