Pasukan tuan rumah, Brazil berjaya mengekalkan rekod baik dalam kejohanan Piala Dunia 2014 setakat ini meskipun menemui jalan buntu dalam perlawanan mereka dengan Mexico.
Bagaimanapun ia ditebus dengan kemenangan apabila menentang Cameroon dalam perlawanan terakhir Kumpulan A mereka.
Chile pula tidak kurang hebat apabila menewaskan pasukan juara Piala Dunia, Sepanyol dengan 2-0 pada perlawanan Kumpulan B meletakkan mereka sebagai naib juara kumpulan di belakang Belanda.
Dengan kedua-dua pasukan selesa dalam melakukan serangan dan pertahanan, perlawanan yang akan berlangsung jam 12 malam ini bakal menyaksikan satu persembahan yang sengit di antara mereka.
Dijangkakan penyerang-penyerang Chile, Alexis Sanchez dan Eduardo Vargas akan memberi ‘masalah’ kepada benteng pertahanan Brazil, David Luiz dan Thiago Silva.
Namun, ada kemungkinan juga Chile tidak sempat membuat banyak serangan dengan adanya penyerang unggul Brazil, Neymar bersama gandingan Hulk dan Fred.
Satu lagi perlawanan menarik yang bakal berlangsung ialah perlawanan di antara Colombia dengan Uruguay.
Perlawanan itu nanti bakal menyaksikan kedua-dua pasukan turun tanpa penyerang utama mereka.
Tetapi meskipun tanpa penyerang utama, Radamel Falcao, Colombia berjaya melepasi pusingan pertama apabila menjuarai Kumpulan C.
Pengurus pasukan, Jose Pekerman nampaknya telah mengubah formasi pasukan bagi membolehkan pemain-pemain muda lain seperti Juan Cuadrado dan James Rodriguez untuk menonjol.
Bagi Uruguay pula, mereka telah berjaya melepasi ‘kumpulan maut’ iaitu Kumpulan D, tetapi dengan kehilangan pemain terbaiknya, Luis Suarez.
Pemain kelab Liverpool itu dikenakan pergantungan serta merta sebanyak sembilan perlawanan untuk Uruguay susulan kes gigitannya baru-baru ini.
Suarez ketika dalam perlawanannya menentang Itali, telah bertindak menggigit pemain pertahanan lawan, Giorgio Chiellini pada bahunya.
Selain itu ketua pasukan, Diego Lugao juga dijangka tidak bermain kerana mengalami kecederaan lutut.
Perlawanan yang berlangsung jam 4.00 pagi nanti berkemungkinan berakhir dengan kemenangan memihak kepada Uruguay, namun ia tidak bermakna Colombia tidak akan memberi tentangan yang hebat.
Haider Yutim
Sat Jun 28 2014

Brazil menentang Chile

Mahkamah benarkan kerajaan gantung keputusan pelarasan pencen pesara
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan terdapat keadaan khas untuk membenarkan penggantungan ini, tanpa perintah mengenai kos.

Kilang proses dedak haiwan musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang memproses dedak haiwan di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini musnah dalam kebakaran, semalam.
Syarikat dinasihatkan untuk lebih adil terhadap pekerja - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah menetapkan gaji minima sebanyak RM1,700 dan perkenalkan skim gaji progresif tetapi tidak ada kekuatan undang-undang untuk memaksa syarikat swasta. Syarikat yang mendapat keuntungan yang tinggi juga disaran memberikan gaji yang setimpal. #AWANInews

Nilai Bitcoin kembali naik melepasi RM400,000
Nilai Bitcoin Kembali Naik Melepasi RM400K

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.
'Ini faedah langsung kepada rakyat' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa negara mencapai dividen ASB tertinggi dalam masa lima tahun dan dividen KWSP 6.3 peratus merupakan tertinggi sejak 2017. 120,000 peluang pekerjaan baharu dengan kadar pengangguran 3.1 peratus sejak Disember 2024. #AWANInews

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.

66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada aturan bayaran, rekod pelaporan cukai
LHDN kenal pasti 66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
KWSP: Rekod dividen yang sama antara konvensional dan syariah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini dapat meyakinkan umat Islam tentang simpanan syariah dan tidak ada dasar yang mewajibkan tapi menggalakkan tentang perbankan. Umat Islam juga harus diberi penjelasan tentang perbankan tanpa faedah dan beberapa instrumen syariah yang diperkenalkan. #AWANInews

Caruman wajib pekerja asing juga untuk pertahankan kepentingan pekerja tempatan - PM
Anwar berkata, caruman dua peratus itu adalah kadar yang minimum berbanding amalan di negara lain dan tidak bebankan pekerja asing serta majikan.

Rusia umum bakal usir 20 diplomat dari Republik Czech
Ia sebagai tindak balas Republik Czech yang menghalau 18 diplomat Rusia pada Sabtu.

Banjir di Maran ibarat tsunami, paling buruk dalam tempoh 20 tahun
Penduduk Taman Maran Jaya mula membersihkan kediaman masing-masing dengan mengalihkan barang-barang rosak dibantu rakan sekerja dan keluarga.

Banjir di pantai Timur, Johor diramal tidak seburuk 2006, 2014 - MetMalaysia
Situasi banjir ketika ini khususnya di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung dan Johor diramalkan tidak seburuk seperti sebelum ini.

AirAsia Japan tutup operasi serta-merta
Penutupan itu susulan impak besar COVID-19 serta larangan perjalanan yang menjejaskan permintaan penerbangan.

Saya sudah ada lagu untuk Sandra - Ajai
Menurut Ajai dia mula mengenali penyanyi tersebut pada satu program pada tahun 2014 sama seperti rakan juri, Dayang Nurfaizah.

42 juta mesej dihantar melalui WhatsApp dalam tempoh seminit
Pengguna WhatsApp kini sudah mencecah 1.5 bilion atau kira-kira 59 peratus daripada keseluruhan populasi dunia.

Ribuan sertai tunjuk perasaan kecam pemerintahan Prayut
Gerakan pemimpin mahasiswa tuntut tiga perkara iaitu adakan pilihan raya baru, pinda perlembagaan dan tamat ugutan terhadap pihak kritik pemerintah.

Kekebalan Israel mungkin berakhir, ICC bakal buka siasatan jenayah perang
Meskipun menerima serangan diplomatik dari Amerika Syarikat dan Israel, namun mahkamah tersebut tidak tunduk dengan ugutan berkenaan, lapor The Electronic Intifada.

TVET fokus utama sambutan Hari Kemahiran Belia Sedunia - Reezal Merican
Reezal Merican berkata, fokus itu mampu sedia peluang kepada belia yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran bertujuan pasaran kerja.

Tata Sons mahu tamatkan usaha sama dalam Airasia India
Tata Sons berhasrat menamatkan usaha sama syarikat penerbangan tambang rendah dengan AirAsia Bhd.