Terdahulu, Ruben Amorim menyifatkan skuad kendaliannya mungkin pasukan paling teruk dalam sejarah United susulan selepas tewas kepada Brighton di Old Trafford, minggu lalu.
Malah, khidmat tonggak utama berusia 30 tahun itu jelas amat diperlukan awal pagi tadi ketika memacu kemenangan pasukannya mengatasi Rangers 2-1 dalam kempen Liga Eropah (UEL) selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit kecederaan.
"Sejujurnya kami tahu betapa bermakna kepada penyokong kami untuk memenangi perlawanan ini dan ia turut bermakna buat kami, anda benar-benar mahu memenangi aksi ini.
"Kami bermula dengan baik tahun ini dengan dua perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal. Kami perlu mencari jalan untuk memenangi setiap perlawanan.
"Malangnya, kami dibolosi gol pada lewat permainan dan menjaringkan gol lewat juga untuk meraih kemenangan.
"Di kelab ini anda perlu memenangi setiap perlawanan, jika anda tidak melakukannya, akan ada saat yang sukar.
"Saya harap peminat kami tidak terbiasa dengan kekalahan perlawanan, walaupun telah melalui pengalaman yang sukar." katanya kepada TNT Sports usai perlawanan awal pagi tadi. -- Stadium Astro