KUALA LUMPUR: Atlet Wilayah Persekutuan Bryan Leong boleh tersenyum gembira apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara renang 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki dengan catatan masa 53.32 saat (s) dan merangkul pingat emas dalam acara itu pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di sini pada Khamis.
Pencapaian dilakar atlet berusia 19 tahun itu di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil, di sini menyaksikan dia berjaya meleburkan rekod lama 53.33s yang dicipta bekas perenang negara, Daniel Bego di Kejohanan Dunia di Rome, Italy pada 2009.
Bryan mengakui tidak menyangka mampu memadam rekod kebangsaan milik idolanya, namun gembira kerana sudah menghadiahkan Wilayah Persekutan empat pingat emas di temasya itu.
"Saya bagaikan tidak percaya dan tidak menjangka untuk memecahkan rekod kebangsaan, ia merupakan satu rekod kepantasan oleh Daniel sejak 2009, ia sangat mengujakan dan saya gembira kerana dapat memecahkan rekod itu hari ini.
Ia hanya berbeza 0.01 saat jadi ia seumpama saya mencatatkan rekod peribadi terbaik saya dan rekod kebangsaan. Di Hanoi, saya juga memecahkan rekod kebangsaan 50m gaya bebas dengan beza hanya 0.01 saat ia merupakan satu rahmat di sebaliknya ia sungguh bermakna kepada saya," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Pingat perak acara itu dimenangi atlet Selangor Ng Tze Xiang dengan catatan masa 54.72s dan Leow Zheng Yong dari Melaka yang merakam 55.82s terpaksa berpuas hati membawa pulang gangsa.
Sebelum ini, Bryan telah mengutip tiga emas masing-masing dalam acara 50m kuak kupu-kupu, 50m kuak dada dan 4x100m gaya bebas.
Seterusnya dia akan beraksi dalam dua lagi acara hari ini iaitu dalam 50m gaya bebas dan 4x100m individu rampaian.
"Selepas Sukma saya akan balik sambung belajar di England dalam masa sama terus berlatih sebab tahun depan banyak kejohanan iaitu Kejohanan Dunia, Sukan SEA tetapi perlu berusaha untuk kelayakan masa bagi mewakili Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022
![Bryan Leong lebur rekod 13 tahun kuak kupu-kupu lelaki kebangsaan Bryan Leong lebur rekod 13 tahun kuak kupu-kupu lelaki kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663881888_AtletRenangXinRe.jpg)
Atlet Renang Wilayah Persekutuan Xin Ren Bryan Leong ketika beraksi dalam acara Akhir 100 Meter Gaya Kupu- Kupu Lelaki. - Foto BERNAMA
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024 Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736760581_TBRAUHYUSOF.jpg)
Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.
![SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737381769_SUKMA.jpg)
SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.
![Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733798502_KhairudinAbuHanipa.jpg)
Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.
![SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692804684_AzuraAbidin.jpg)
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
![SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026 SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724514474_PenutupSukanMalays.jpg)
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
![SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723929070_TBHannahYeoh.jpg)
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
![SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723846735_TBNguChai.jpg)
SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.
![Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000 Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723809412_SUKMAXXISarawak.jpg)
Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.
![Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723767295_WalidLachkar.jpg)
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
![Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024 Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723605651_BryanTiKaiJie.jpg)
Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.