Tahniah Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) apabila berjaya menaikkan taraf stadium terulung negara.
Stadium Nasional Bukit Jalil dinobatkan Stadium Terbaik Tahunan 2018 (Kategori Sedia Ada) dalam Anugerah Kongres Stadium Dunia di Amsterdam, Belanda pada 8 Mei lalu.
Ia anugerah sulung selepas venue keramat itu dinaik taraf dengan kos keseluruhan RM1.6 bilion termasuk membabitkan projek fasa kedua pembangunan kawasan KL Sports City.
Saya tertarik dengan kejayaan Stadium Nasional Bukit Jalil menewaskan venue lebih ternama seperti Stade de France yang pernah menganjurkan final Piala Dunia 1998 yang menyaksikan Perancis menewaskan Brazil 3-0.
BACA: Kita juara! Stadium Nasional Bukit Jalil dinobat Stadium Terbaik Dunia 2018
Lebih menarik, ia membuktikan sentuhan jurutera tempatan dan arkitek Jerman berjaya menghasilkan karya agung.
Namun, kejayaan ini tidak cukup membanggakan rakyat Malaysia.
"Malaysia bangga dengan prasarana taraf dunia tapi sukan taraf Asia Tenggara sahaja," kata peminat di laman sosial.
"Tahniah untuk stadium nasional. Tapi takziah untuk skuad bola sepak negara yang masih dalam kemerosotan," kata seorang lagi peminat.
Saya fikir ada benarnya.
Berapa banyak sukan yang berpeluang merasai rumput 'cow grass' Bukit Jalil? Berapa banyak pula kejayaan yang mereka kecap di stadium keramat itu?
Seingat saya, kejayaan paling sensasi ialah ketika Khairul Hafiz Jantan muncul lelaki terpantas Asia Tenggara ketika raih pingat emas Sukan Sea Kuala lumpur 2017 dengan 10.38 saat.
Dia diraikan sebagai bintang sukan negara setaraf Datuk Lee Chong Wei, Pandelela Rinong dan Azizulhasni Awang walaupun pencapaian itu hanya di peringkat Asia Tenggara.
Tapi, itulah kejayaan paling sensasi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Khabarnya Julai depan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah merisik PSM untuk mengadakan final Piala FA di venue keramat itu.
Mungkin ia akan lebih sensasi.
Apapun, kita harus bangga memiliki stadium terbaik dunia.
This is Bukit Jalil! - Oleh Bazly Azmi
*Bazly Azmi adalah wartawan dan penerbit Astro Arena.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Astro Arena
Fri May 25 2018
!['This is Bukit Jalil!' 'This is Bukit Jalil!'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41527246142_Perasmian.jpg)
Menerusi komen-komen di Facebook, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mengharapkan arena sukan juga seiring dengan anugerah itu. BERNAMA
Nissan, Honda batal perjanjian penggabungan jenama
Syarikat automotif terkemuka Jepun, Nissan Motor dan Honda Motor mengumumkan untuk tidak meneruskan perbincangan mengenai penggabungan antara kedua-dua syarikat. Dalam sidang media persidangan yang dianjurkan Nissan Motor di Yokohama pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Nissan berkata, syarikat berkenaan sebulat suara bersetuju bersama Honda untuk menamatkan potensi penggabungan jenama berkenaan termasuk, rundingan-rundingan yang telah dibincangkan.
Jenayah: Warga emas 86 tahun mengaku salah tembak remaja 16 tahun
Yarl, yang terselamat walaupun ditembak sebanyak dua kali, memaklumkan dia menekan loceng pintu rumah Lester kerana menyangkakan rumah itu adalah rumah pengasuh adiknya.
PM Thailand pengerusikan mesyuarat keselamatan tergempar krisis Myawaddy
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Jumaat mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan ketua-ketua agensi keselamatan untuk menilai keadaan di perbandaran Myawaddy, hab utama yang dikenal pasti untuk rangkaian pemerdagangan manusia di Myanmar.
14 Negeri Amerika Syarikat saman Trump dan Elon Musk
Empat belas negeri di Amerika Syarikat telah memfailkan saman persekutuan terhadap Presiden Donald Trump dan Elon Musk, jutawan ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), atas dakwaan memiliki kuasa tanpa had dan tidak terkawal yang melanggar perlembagaan
Hamas umum nama tiga tebusan Israel yang akan dibebas Sabtu
Kumpulan pejuang Palestin, Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu.
Duta Malaysia ke Amerika Syarikat perlu teguh mendepani cabaran
Duta Malaysia yang bakal dilantik ke Amerika Syarikat (AS) perlu memiliki kecekapan dan sentiasa bersedia berdepan sebarang cabaran.
Reformasi industri padi, beras agenda kerajaan tahun ini
Fokus utama kementerian pertanian dan keterjaminan makanan (KPKM) pada tahun ini adalah reformasi industri padi dan beras negara dengan mengutamakan pendekatan yang lebih lestari, berdaya saing dan mesra alam.
KDNK: Peningkatan pelaburan antara faktor penyumbang - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, MITI akan meneruskan usahanya untuk menarik lebih banyak pelaburan, meningkatkan perdagangan, dan membangunkan industri tempatan.
Kabinet berpendapat ada keperluan pinda Akta Pemberi Maklumat
Kabinet berpendapat ada keperluan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi mengatasi beberapa isu percanggahan dengan akta lain selain memperkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat.
Dua individu termasuk CEO syarikat ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua lagi individu disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
![Penerbitan dokumentari Sepuluh langkah redONE buka mata mengenai pelaburan dalam sukan Penerbitan dokumentari Sepuluh langkah redONE buka mata mengenai pelaburan dalam sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696934236_dokumentarisepuluh.jpg)
Penerbitan dokumentari Sepuluh langkah redONE buka mata mengenai pelaburan dalam sukan
redONE berharap pelaburan mereka dalam dokumentari Sepuluh terbitan Astro Arena dapat membuka mata ramai pihak tentang kepentingan pelaburan dalam bidang sukan.
![Sukan SEA Filipina: Jadi sebahagian detik gemilang kontinjen negara Sukan SEA Filipina: Jadi sebahagian detik gemilang kontinjen negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71574154632_TBASTRO.jpg)
Sukan SEA Filipina: Jadi sebahagian detik gemilang kontinjen negara
Aksi tumpuan termasuk skuad bola sepak negara yang meraih perak dua tahun lalu akan membuka aksi perlawanan pertama pada 25 November ini.
![Rafiq Ismail menang Anugerah Jagoan Nadi Arena 2018 Rafiq Ismail menang Anugerah Jagoan Nadi Arena 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51547876927_RafiqIsmail.jpg)
Rafiq Ismail menang Anugerah Jagoan Nadi Arena 2018
Rafiq mengatasi pemain remaja badminton negara, Goh Jin Wei yang mendapat tempat kedua dengan 17.16% undian, jaguh berbasikal trek Azizulhasni Awang, 12.78% di tempat ketiga.
![Harimau Malaya mampu bawa pulang Piala AFF kerana... Harimau Malaya mampu bawa pulang Piala AFF kerana...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81544763792_CoachVietnam.jpg)
Harimau Malaya mampu bawa pulang Piala AFF kerana...
Laporan bahawa latihan skuad Harimau Malaya diperhatikan jurulatih Vietnam, Park Hang-seo tidak benar.
!['Kamu tetap pemenang di mata dan hati kami semua brother Al Jufferi' - Syed Saddiq 'Kamu tetap pemenang di mata dan hati kami semua brother Al Jufferi' - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71535366935_SUKANASIAJAKARTA.jpg)
'Kamu tetap pemenang di mata dan hati kami semua brother Al Jufferi' - Syed Saddiq
Syed Saddiq hadir beri sokongan kepada Al Jufferi selepas pesilat negara itu kecewa dengan juri dan terpaksa menarik diri dari perlawanan final.
![Astro bawa 8 saluran secara percuma Sukan Asia 2018 Astro bawa 8 saluran secara percuma Sukan Asia 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41533954690_AsianGames.jpg)
Astro bawa 8 saluran secara percuma Sukan Asia 2018
Saksikan lapan saluran percuma Sukan Asia 2018 bermula 18 Ogos hingga 2 September ini.
!['This is Bukit Jalil!' 'This is Bukit Jalil!'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41527246142_Perasmian.jpg)
'This is Bukit Jalil!'
Ikuti pandangan wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, mengenai kemenangan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai stadium terbaik dunia 2018.
![Astro Arena siar dokumentari liku-liku perjuangan atlet Paralimpik, pada 8 Oktober Astro Arena siar dokumentari liku-liku perjuangan atlet Paralimpik, pada 8 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61474643169_PerarakanAtlet.jpg)
Astro Arena siar dokumentari liku-liku perjuangan atlet Paralimpik, pada 8 Oktober
Dokumentari itu akan mengisahkan kehidupan peribadi dan kisah-kisah pencetus inspirasi wira-wira tersebut.
![Astro Arena raih tempat ketiga Sukan Media MSN 2016 Astro Arena raih tempat ketiga Sukan Media MSN 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41454292244_Football.jpg)
Astro Arena raih tempat ketiga Sukan Media MSN 2016
Astro Arena raih tempat ketiga acara bola sepak Sukan Media Majlis Sukan Negara MSN 2016 selepas menewaskan persatuan Jurufoto Media Malaysia MPPA 3-2.
![Final Piala Malaysia 2014 menang Siaran Langsung Sukan Terbaik ATA 2015 Final Piala Malaysia 2014 menang Siaran Langsung Sukan Terbaik ATA 2015](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/Portals/0/Bola Sepak Malaysia 2015/31215pahangJDT.jpg)
Final Piala Malaysia 2014 menang Siaran Langsung Sukan Terbaik ATA 2015
Astro Arena dinobat selaku penerima Anugerah Liputan Siaran Langsung Sukan Terbaik di Anugerah Televisyen Asia di Singapura pada Rabu.