Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengambil langkah drastik dengan menangguhkan semua kejohanan termasuk pertandingan gred dua dan tiga yang dijadualkan dari Mei hingga Julai disebabkan oleh pandemik COVID-19 global.
BWF dalam kenyataan dikeluarkan pada Isnin berkata, keputusan itu dicapai selepas merundingi negara tuan rumah dan juga persekutuan-persekutuan benua.
"Peningkatan pandemik COVID-19 global telah mendorong semua pihak mengesahkan untuk menangguhkan kejohanan berkenaan.
"Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan semua atlet, rombongan mereka, pegawai dan komuniti badminton secara menyeluruh kekal menjadi keutamaan," menurut kenyataan itu,
Minggu lepas, BWF memutuskan untuk membekukan Ranking Dunia dan Ranking Remaja Dunia juga dibelakangkan tarikhnya ke 17 Mac sehingga notis selanjutnya berikutan pandemik itu.
Badan induk sukan badminton dunia itu juga mendedahkan pihaknya juga sedang menyemak impak daripada penjadualan semula Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik terhadap sistem kelayakan ke Olimpik dan Paralimpik.
Pertandingan gred dua yang terjejas dengan penangguhan itu adalah Terbuka Crown Group Australia dijadual diadakan dari 2-7 Jun, Terbuka Toyota Thailand ( 9-14 Jun), Terbuka Indonesia (16-21 Jun) dan Terbuka Rusia (7-12 Julai).
Kejohanan bagi gred tiga yang ditangguhkan adalah Cabaran Li-Ning Denmark yang sepatutnya diadakan dari 7-10 Mei, FZ Forza Slovenia International (13-16 Mei), Yonex Latvia International (28-31 Mei), Cabaran Antarabangsa Ciputra Hanoi-Yonex Sunrise Vietnam (2-7 Jun).
Kejohanan lain yang terjejas adalah RSL Lithuanian International (4-7 Jun), Canada Para Badminton International ( 9-14 Jun), Russian International Junior White Nights ( 25-28 Jun), White Nights (1-5 Julai) dan Kejohanan Badminton Remaja All-England (16-19 Julai).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 06 2020

BWF juga sedang menyemak impak daripada penjadualan semula Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik terhadap sistem kelayakan ke Olimpik dan Paralimpik. - Gambar hiasan

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.