JOHOR BAHRU: Penjaga gol nombor satu skuad kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, tidak menganggap kedudukannya selesa, sebaliknya satu cabaran bersama tiga rakan lain menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan an Hong Kong, Khamis ini dan Selasa depan.
Penjaga gol skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkata tiga lagi rakan yang turut dipanggil menjalani latihan skuad kebangsaan mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri.
Selain, Ahmad Syihan Hazmi, pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon turut memanggil penjaga gol Kedah Darul Aman FC, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi, Damien Lim (Sabah FC) dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan FC) dalam senarai 27 pemain ke kem latihan pusat negara.
"Semua penjaga gol yang dipanggil bagus-bagus dan ia membuatkan saya perlu (berusaha) dan buat lebih lagi," kata penjaga gol berusia 27 tahun itu ketika ditemui pemberita semasa sesi latihan di Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam, di sini, hari ini.
Sementara itu, katanya, latihan di bawah Pan Gon adalah berintensiti tinggi dan kesemua pemain perlu memberikan komitmen sepenuhnya.
Meskipun terdapat perbezaan antara skuad Piala AFF dan barisan pemain yang dipanggil menjalani latihan, beliau pada masa sama mengharapkan agar kesemua pemain dapat memberikan yang terbaik dan berusaha pada tahap 100 peratus.
"Insya-Allah saya akan berikan 100 peratus dan rasa bersyukur dapat sampai ke tahap ini," katanya.
Kedua-dua aksii persahabatan tersebut akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di iskandar Puteri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Penjaga gol JDT itu berkata tiga lagi rakan yang turut dipanggil menjalani latihan skuad kebangsaan mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri. - Bernama
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Syihan tak mahu bolos kali keempat
Ahmad Syihan bertekad memastikan, pintu gol skuad Harimau Selatan itu tidak bocor ketika menentang skuad Hoben Jang Hoben malam ini.
Cabaran buat Ahmad Syihan tempatkan diri dalam kesebelasan utama
Penjaga gol JDT itu berkata tiga lagi rakan yang turut dipanggil menjalani latihan skuad kebangsaan mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri.
Ahmad Syihan 'kunci mulut' spekulasi ke JDT
Bekas pemain Negeri Sembilan FC itu berkata sehingga sekarang, sekurang-kurangnya tiga pasukan telah menyatakan minat.