BANGKOK: Cabaran negara pada kejohanan badminton Terbuka Thailand berakhir pada peringkat suku akhir selepas pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao, dikecewakan dalam 'straight set' oleh lawan masing-masing di Stadium Tertutup Huamak di sini, hari ini.
Selepas melakukan kejutan menewaskan pilihan pertama dari Taiwan, Chow Tien Chen, 23-21, 23-21, semalan, Tze Yong, gagal meneruskan momentum apabila tunduk kepada pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, 19-21, 21-23 dalam pertarungan selama 53 minit.
Jun Hao pula turut tersingkir apabila pemain India, Lakshya Sen merakamkan kemenangan kedua dalam tiga pertemuan dengan keputusan 21-19, 21-11.
Tze Yong, 23, pemain ranking ke-24 dunia, membuka langkah dengan baik apabila mendahului Cheuk Yiu 15-11 sebelum lawannya yang menghuni ranking ke-17 dunia terus mengejar kutipan mata sebelum kedudukan terikat 15-15 dan kemudian 19-19 sebelum set pertama menjadi niliknya dengan kemenangan 21-19.
Pada set kedua, senario sama berulang apabila Tze Yong mendahului selesa 14-5 sebelum Cheuk Yiu memperagakan semangat juang tinggi untuk bangkit dan mengikat kedudukan 16-16 dan kemudian 21-21.
Cheuk Yiu mengesahkan tiket ke separuh akhir dengan kemenangan 23-21.
"Saya gagal merebut peluang ini," kata Tze Yong yang jelas kecewa selepas perlawanan tersebut.
Dalam pada itu Jun Hao, turut mendahului 16-10 pada set pertama sebelum Lakshya, pemain raking ke-23 dunia, menampilkan aksi cemerlang untuk menang 21-19 dan pada set kedua, mudah melengkapkan aksi dengan kemenangan 21-11.
"Ia adalah perlawanan yang mengecewakan. Saya mendahului dalam set pertama tetapi saya terlepas peluang. Bagaimanapun, dia mengubah gaya permainannya dan saya mula kehilangan mata penting.
"Dalam set kedua saya tidak menyerang dengan baik dan keyakinan saya berkurangan ketika permainan berlangsung," katanya kepada Bernama.
Jun Hao akan beraksi pada Terbuka Taiwan dari 20 hingga 25 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023

Tze Yong, gagal meneruskan momentum apabila tunduk kepada pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, 19-21, 21-23 dalam pertarungan selama 53 minit. - Gambar fail/FB/Alexander Nanta Linggi

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Zii Jia juara Terbuka Thailand 2024
IMPIAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul gelaran pertama tahun ini tercapai setelah dinobatkan sebagai juara Terbuka Thailand 2024 di Bangkok sebentar tadi.

Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.

Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.

Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.

Cabaran negara pada Terbuka Thailand berakhir
Ia selepas pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao, dikecewakan dalam 'straight set' oleh lawan masing-masing.

Tze Yong, Jun Hao mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao berjaya mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2023 di Stadium Tertutup Huamak, hari ini.

Terbuka Thailand: Leong Jun Hao lepasi pusingan kelayakan
Pemain badminton perseorangan negara Leong Jun Hao melepasi dua perlawanan pusingan kelayakan bagi melayakkan diri ke pusingan pertama Terbuka Thailand 2023.

Lee Zii Jia juara Terbuka Thailand
Zii Jia menewaskan pemain China, Li Shi Feng menerusi tiga set dengan kutipan mata 17-21, 21-11, 23-21.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Terbuka Thailand: Pertembungan antara pemain Malaysia di separuh akhir, Zii Jia bakal berdepan Daren
Perseorangan Malaysia Lee Zii Jia terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia.