Kementerian Pendidikan berhasrat mewujudkan Sekolah Sukan Malaysia di Kedah bagi kawasan utara bagi meningkatkan mutu sukan dan merealisasikan agenda pembentukan negara sukan.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setakat ini terdapat lima sekolah sukan nasional iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Johor; Terengganu; Pahang dan Sabah.
"Bagi kawasan utara, belum ada melainkan sekolah sukan negeri, justeru, kita bercadang mewujudkan sebuah sekolah sukan bertaraf nasional di kawasan utara...dicadangkan di Kedah.
"Cadangan ini bukan bermaksud membina sebuah sekolah baharu sebaliknya menaik taraf sekolah sedia ada kepada sekolah sukan bertaraf nasional," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Pembangunan Sukan Tenis Negara 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Dr Mehander Singh Nahar Singh.
Menurut Mahdzir, kementerian akan meneliti beberapa aspek dan menilai sekolah yang berpotensi sebelum melaksanakan cadangan itu.
"Kita belum tentukan sekolah mana, kita akan tunggu laporan, bajet, lokasi, kemudian baru tentukan mengenainya," katanya.
Dalam pada itu, Mahdzir berkata, pelaksanaan program Satu Murid Satu Sukan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
"Ia berikutan penilaian pentaksiran berasaskan sekolah yang kini turut mengambil kira aspek kokurikulum dan sukan," katanya.
Sementara itu, Mahdzir berharap Program Pembangunan Sukan Tenis Negara, yang merupakan jaringan kerjasama antara kementerian, Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN), dapat melahirkan lebih ramai atlet mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
Program yang dimulakan di Kedah diikuti Melaka pada Jun ini, akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2017

MAHDZIR: Naik taraf sekolah sedia ada kepada sekolah sukan bertaraf nasional.
Kabinet Arab Saudi sokong resolusi pembinaan semula Gaza
Agensi Berita Arab Saudi melaporkan bahawa dalam mesyuarat Kabinet di Riyadh pada Selasa, Kabinet menegaskan penolakan sidang kemuncak itu terhadap pemindahan paksa penduduk Palestin serta gesaannya untuk menamatkan krisis kemanusiaan akibat konflik yang berterusan.
Serangan dron Rusia membunuh seorang individu
Rakaman video yang dikeluarkan perkhidmatan kecemasan tempatan menunjukkan pasukan bomba sedang memadamkan api di kawasan perumahan.
AS bantah rancangan pembinaan semula Gaza oleh pemimpin Arab
Malah, White House mendakwa cadangan semasa pembinaan Gaza, tidak mengambil kira realiti bahawa wilayah tersebut kini tidak boleh didiami.

Wanita Jepun berusia 108 tahun diiktiraf tukang gunting rambut wanita tertua di dunia
Seorang wanita berusia 108 tahun dari timur Jepun secara rasmi diiktiraf pada Rabu oleh Guinness World Records sebagai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia.
Queensland siap sedia hadapi taufan pertama dalam tempoh 51 tahun
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata kerajaan sedang menyediakan 250,000 beg pasir kepada kerajaan Queensland, selain 80,000 yang telah dihantar oleh tentera.
Colek sajian moreh di Masjid Raudah Sakinah
Penyediaan moreh bukannya suatu kemestian sebaliknya amalan itu bertujuan memupuk semangat maufakat selain membuat amal kebajikan sesama umat Islam.
Pelajar cemerlang B40 terima biasiswa perubatan
Seorang pelajar cemerlang kumpulan berpendapatan rendah terharu selepas menerima biasiswa penuh daripada Universiti Perdana.
PRK Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan menyeluruh berhubung kematian individu terbabit masih dikendalikan oleh pihak berkuasa, ketika ini.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Saya hanya dedahkan perkara sebenar dalam 1MDB - Che Lodin
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu tujuan beliau memberi keterangan kerana mahu dedah perkara sebenar berlaku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.
Amzar tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka di prosiding Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu.

Cadang wujudkan sekolah sukan di Kedah - Mahdzir
Kementerian Pendidikan berhasrat mewujudkan Sekolah Sukan Malaysia di Kedah bagi kawasan utara bagi meningkatkan mutu sukan dan merealisasikan agenda pembentukan negara sukan.