PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria enggan mengambil peduli tentang 'suara-suara' bahawa badan induk itu wajar diterajui oleh individu yang pakar seperti keluarga Sidek susulan kegagalan skuad negara dalam saingan Terbuka Malaysia 2024 yang menutup tirai pada Ahad.
Beliau sebaliknya mahu fokus kepada tanggungjawabnya sebagai 'bos' kepada badan induk tersebut demi kemajuan badminton negara di pentas antarabangsa.
"Saya tak nak komen, sebab benda-benda ini (tukar kepimpinan BAM) tiap-tiap minggu ada. Jadi kalau tiap-tiap minggu, letihlah saya nak komen," katanya.
Pemerhati sukan, Zakaria Rahim menerusi Facebooknya membuat hantaran bahawa Presiden Nusa Mahsuri, Datuk Seri Jalani Sidek merupakan orang yang tepat untuk menjadi Presiden BAM selain Datuk Misbun Sidek dilantik sebagai pengarah kejurulatihan badan induk badminton negara.
Menurutnya, tidak salah jika adik beradik atau keluarga mengendalikan organisasi nasional jika mereka sememangnya mempunyai rekod yang baik, memang ahlinya dan dihormati serta disegani dalam bidangnya bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
Mohamad Norza turut meluahkan sebagai presiden beliau memegang jawatan itu secara sukarela tanpa dapat imbuhan.
Malah beliau terbuka bahawa semua pihak boleh memberi sebarang kritikan dan maklum balas, namun tanggungjawab serta amanah yang dipikul tidak semudah yang disangka.
"Cakap semua senang cakap, tapi kerja ini siapa nak buat. Saya kerja sebagai Presiden tanpa dapat bayaran, kerja sukarela, khidmat negara. Saya cuma buat yang terbaik demi manfaat badminton Malaysia," katanya.
Mohamad Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sedar bahawa media arus perdana maklum tentang isu BAM yang sering menarik perhatian dalam kalangan pengkritik, penganalisi sukan dan para peminat.
"Jadi semua mainstream media tahu apa isu, tahu macam mana kita (BAM). Macam mana kita nak capai objektif yang lebih besar lagi. Kalau kita terpengaruh dengan polemik-polemik ini, kerja kita pun tak jalan," katanya.
Perjalanan para pemain negara pada Terbuka Malaysia hanya bertahan pada peringkat suku akhir setelah beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 16-21, 21-18, 21-13.
Nasib sama turut menimpa beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang terkandas setelah tewas kepada pilihan ketujuh, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun 21-15, 21-9 dalam satu lagi aksi suku akhir. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 15 2024

Mohamad Norza turut meluahkan sebagai presiden beliau memegang jawatan itu secara sukarela tanpa dapat imbuhan. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.

Mohamad Norza menang tanpa bertanding jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi Zon Asia Tenggara hari ini.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal dalam perancangan BAM hingga 2028
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Mohamad Norza dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dicalonkan sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia.

Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.

Olimpik: Belum ada sasaran pingat, MOM akan bincang dengan menteri
MOM masih belum menetapkan jumlah sasaran pingat bagi temasya itu yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Norza yakin skuad badminton negara 'meletup' di Olimpik Paris
Presiden Persatuan Badminton Malaysia yakin dan percaya bahawa barisan pemain negara akan 'meletup' pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Hormati keputusan Norza untuk letak jawatan sebagai Presiden BAM selepas Olimpik - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menghormati keputusan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas Sukan Olimpik Paris 2024.

Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.

BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.