KUALA LUMPUR: Rekod baharu 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) yang dicipta atlet pecut muda negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia satu pencapaian luar biasa kerana dicipta lebih awal daripada waktu yang dijangka.
Jurulatihnya Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah berkata berdasarkan analisis ke atas prestasi dan keadaan semasa Muhammad Azeem, atlet berusia 18 tahun itu yang mempunyai masa peribadi terbaik 10.28s dijangka memecahkan rekod kebangsaan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 September depan.
Namun, beliau tetap percaya Muhammad Azeem mampu meleburkan rekod kebangsaan di Cali tetapi menjangka masa terpantas yang akan direkodkan adalah sekitar 10.12s hingga 10.15s.
"Saya jangka ia (pecah rekod) di Sukma tapi berlaku di sini. Saya bersyukur, Alhamdulillah, mungkin Muhammad Azeem memilih pentas yang betul untuk pecahkan rekod 100m kebangsaan.
"Saya amat berbangga dengan prestasi dia dan saya berharap dia mampu untuk kekalkan prestasi itu untuk mencipta sesuatu (kejayaan) buat negara," katanya yang berada di Cali ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Muhammad Amir percaya tidak mustahil untuk Muhammad Azeem sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan ketika beraksi sama ada di peringkat separuh akhir atau akhir sekiranya layak, dengan kedua-dua pusingan dijadual awal pagi esok.
"Dalam keadaan sekarang, dengan persaingan yang tinggi dan sengit dengan masing-masing (pesaing) mempunyai catatan masa yang baik, adalah tidak mustahil untuk berlaku sekali lagi Muhammad Azeem pecah rekod kebangsaan," katanya.
Pada aksi di Stadium Olimpik Pascual Guerrero awal pagi tadi waktu Malaysia, Muhammad Azeem yang berlari dalam saringan lapan 100m lelaki menamatkan larian dengan catatan 10.09s sekali gus menjadi antara 24 pelari mara ke peringkat separuh akhir seterusnya memadam rekod lama kebangsaan 10.18s yang dicipta bekas jaguh pecut Asia Tenggara Khairul Hafiz Jantan pada Sukma 2016 di Kuching, Sarawak.
Pada saingan awal di Cali itu, hanya pelari Botswana berusia 19 tahun, Letsile Tebogo yang berlari dalam saringan tiga mencatat masa lebih pantas daripada Muhamamd Azeem selepas memperbaharui rekod kejohanan dengan catatan masa 10s.
Pemenang pingat emas 100m dan 200m Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, Puripol Boonson dari Thailand turut menjuarai saringan enam dengan melakar masa 10.20s untuk mengesahkan tempat di pusingan seterusnya.
Berdasarkan semakan Bernama, Muhammad Azeem setakat ini merupakan remaja terpantas Asia pada 2022 mengatasi atlet Jepun berusia 19 tahun, Hiroki Yanagita yang mempunyai masa peribadi terbaik 10.16s diikuti Boonson (10.19s) dan Wang Shuang dari China dengan 10.23s.
Catatan 10.09s itu turut mengatasi rekod Sukan SEA 10.17s milik bekas jaguh pecut Indonesia Suryo Agung Wibowo yang dicipta pada edisi 2009 di Laos dan menghampiri masa peribadi terbaik 10.03s bekas juara remaja dunia dari Indonesia Lalu Muhammad Zohri yang dilakukan pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022

Muhammad Amir percaya tidak mustahil untuk Muhammad Azeem sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan ketika beraksi sama ada di peringkat separuh akhir nanti. - Twitter/@World Athletics

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Catatan rekod 100m 10.09s Muhammad Azeem di luar jangkaan - Jurulatih
Rekod baharu 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) yang dicipta atlet pecut muda negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia satu p